Dewa-dewa gua alam ghaib ialah dewa-dewa kecil Mesir purba yang ditugaskan untuk menghukum roh-roh yang terkutuk dengan memenggal kepala mereka dan memakannya.[1][2][3] Selain itu, mereka berperanan sebagai pelindung dan boleh menjaga si mati yang baik, serta turut dipuja oleh orang Mesir purba yang hidup.[1] Gua-gua ini dipercayai adalah tempat untuk penjahat dan musuh-musuh Ra dihukum.[2]
Huraian dan pecahan
Orang Mesir purba percaya di alam ghaib, Duat, terdapat sekurang-kurangnya dua belas gua yang didiami oleh dewa-dewa yang dahsyat dan makhluk ghaib yang akan memakan roh orang jahat. Beberapa papirus pengebumian–selain lukisan-lukisan dinding beberapa makam di Lembah Para Raja dan dewan selatan Osireion di Abydos—menyenaraikan dewa-dewa ini yang tugasnya menghapuskan (biasanya dengan memenggal kepala) musuh-musuh dewa matahari, Ra, dan anak perempuannya Maat, dewi kebenaran dan keadilan.[1] Makhluk-makhluk ini disenaraikan dengan sistematik dalam "Mantera Dua Belas Gua" daripada satu papirus (Kaherah 24742) [4] dari zaman pemerintahan Firaun Amenhotep II (s. 1427–1401 SM) Dinasti ke-18.[1]
Tujuh gua pertama mempunyai beberapa kumpulan dewa. Setiap kumpulan ada tiga dewa berupa seperti mumia dan tiga seperti manusia. Antara dewa-dewa ini, terdapat dua dewa dan satu dewi dalam setiap kumpulan.Dari gua ke-8 hingga ke-20, bilangan dewa akan berubah-ubah: contohnya dalam gua ke-8, terdapat tujuh kumpulan bersama dengan dewa-dewa yang berseorangan, dan ada sekurang-kurangnya dua puluh dalam yang ke-9.[4] Biasanya di sebelah senarai nama dan kedudukan dewa-dewa lain ini—di bawah gambar mereka—akan ada lajur berisi persembahan untuk mereka, bersama-sama dengan manfaat yang si mati akan dapat. Setelah dewa-dewa ini ditenangkan, mereka akan membenarkan si mati bergerak ke akhirat, memberikan makanan dan cahaya dalam kegelapan.[4]
Dewa-dewa sebelas gua pertama (Hart)
Makam (KV2) Firaun Ramesses IV (s. 1155–1149 SM) di Lembah Para Raja, dan dalam Kitab Orang Mati, menyenaraikan dewa-dewa gua yang kemudiannya dipilih oleh ahli egiptologi British George Hart:[2]
Gua
Dewa-dewa
Gua
dewa-dewa
1
a) sembilan orang dewa berkepala serigala memakan daging busuk
b) dewa-dewa ular yang menjaga "Daerah Senyap"
7
tiada maklumat
2
a) ular garang bernama Sesi
b) dewa-dewa berkepala ikan keli purbakala bernama Nariu
8
"Mereka yang Mengangkat Penguasa-penguasa Mereka Ke Langit"
Pakar egiptologi Richard H. Wilkinson mengelompokkan dewa-dewa dan makhluk ghaib yang tinggal di gua ke-10, bersama-sama dengan kebaikan yang mereka boleh buat untuk si mati setelah berjaya dipuaskan:[1]
Dewa-dewa
Manfaat
Dewa-dewa
Manfaat
"Mereka yang Kepunyaan Cahaya Matahari"
Memberikan cahaya kepada si mati
"Dewi Tersembunyi"
Memberikan roh kekuatan dan badan menjadi utuh
"Mereka yang Menahan"
Memberikan penghormatan kepada si mati
"Roh-roh Para Dewa Yang Menjadi Ahli Osiris"
Memberikan si mati berada dalam keadaan aman
"Sembilan Dewa Yang Menjaga Mereka Yang Di Dalam Gua"