Kek |
---|
Kauket (kiri) dan Kek (kanan) bersemayam, ukiran timbul dari sebuah di Deir el-Medina |
Pusat kultus utama | Hermopolis (sebagai salah satu dewa Ogdoad) |
---|
|
Isteri | Kauket |
---|
Kek ialah bentuk dewa bagi kegelapan yang wujud sejak asal masa (kkw sm3w<[1] ) dalam kepercayaan asal usul alam semesta Mesir purba. Kek merupakan salah seorang dewa Ogdoad dan dipuja di bandar Hermopolis.
Ogdoad terdiri daripada empat pasang dewa, empat dewa dan isteri-isteri setiap seorang yang serupa. Isteri Kek ialah Kauket.[2][3][4] Kek dan Kauket juga mewakili malam dan siang dalam beberapa aspek. Kek juga dipanggil "pengangkat cahaya" manakala Kauket dipanggil "pengangkat malam".
Nama Kek ditulis dalam hieroglif sebagai kk atau kkwy dengan varian hieroglif langit dalam ligatur dengan tongkat (N2) yang berkait dengan perkataan untuk "kegelapan" kkw.
Sejarah
Templat:Ancient Egyptian religion
Dalam gambaran paling tua, Kekui mempunyai kepala ular, dan Kekuit kepala katak ataupun kucing. Dalam satu gambaran, mereka merupakan jelmaan Ka dan Kait; Dalam gambaran ini, Ka-Kekui mempunyai kepala katak dengan kumbang di atasnya dan Kait-Kekuit mempunyai kepala ular dengan cakera di atasnya.
Dalam zaman Yunani-Romawi, jelmaan lelaki Kek digambarkan sebagai lelaki berkepala katak, dan jelmaan perempuan sebagai wanita berkepala ular, sama seperti keempat-empat pasangan Ogdoad.
Lihat juga
Rujukan
Pautan luar