Chengdu Airlines Co., Ltd. (成都航空公司) (Chéngdū Hángkōng gōngsī), merupakan anak syarikat dari Syarikat Penerbangan Sichuan Airlines, yang beribu pejabat di Chengdu, China . Ia mengendalikan rangkaian penerbangan penumpang domestik yang dijadualkan keluar dari habnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Chengdu Shuangliu . Syarikat Penerbangan Chengdu Airlines juga merupakan pengguna pertama Pesawat siri ARJ21 .
Asalnya Syarikat Penerbangan itu bernama United Eagle Airlines CO., LTD (鹰联航空公司; 鷹聯航空公司; Yīnglián Hángkōnggōngsī, juga dikenali sebagai UEAir), syarikat ini ditubuhkan pada Tahun 2004 oleh mantan eksekutif Syarikat Penerbangan China Northwest Airlines, dengan pembiayaan yang diperlukan diberikan oleh Kumpulan Vickers Financial Group. [2] Ia mengambil kapal terbang pertamanya,siri Airbus A320 yang sebelumnya menjadi milik Syarikat Penerbangan Air Jamaica, pada Tarikh 8 Julai 2005 [3] dan pada 27 Julai, penerbangan hasil dimulakan. Jenis pesawat lain yang serupa, Airbus A319 yang sedikit lebih kecil, telah digunakan bersama United Eagle Airlines pada 2 Disember tahun itu.
Pada Bulan Mac 2009, Syarikat Penerbangan Sichuan Airlines melaburkan sebanyak 200 juta RMB (30 juta USD ) di Syarikat Penerbangan United Eagle Airlines, [4] dengan itu memegang 76 peratus saham. [2] Pada akhir Tahun 2009, saham-saham ini dijual kepada pengeluar pesawat China Comac dan kepada Kumpulan Pelaburan Komunikasi Chengdu (Chengdu Communications Investment Group) . Berikutan perubahan hak milik ini, United Eagle Airlines membuat tempahan tegas untuk 30 Pesawat Comac ARJ21, yang pertama pada awalnya dirancang untuk dihantar pada akhir Tahun 2010. [5] Sejak itu, projek Comac mengalami beberapa kelewatan.
Pada Tarikh 23 Januari 2010, syarikat penerbangan itu dinamakan semula sebagai Chengdu Airlines . [2][5]
^"MAINLAND CHINESE CARRIERS NS23 INTERNATIONAL / REGIONAL NETWORK – 14MAY23". www.aeroroutes.com (dalam bahasa Inggeris). aeroroutes.com. 16 Mei 2023. Dicapai pada 16 Mei 2023. The following is the latest summary of 26 Mainland Chinese carrier’s planned international and regional operation, between 15MAY23 and 28OCT23, as of 14MAY23 OAG schedules listing. Further changes to this list remain possible, as individual carriers continue to add new routes or resuming service cancelled due to the pandemic. Planned frequency, aircraft and effective dates remain fluid.
^ ab"CHENGDU AIRLINES SCHEDULES SEP 2023 FUZHOU – IBARAKI FLIGHTS". www.aeroroutes.com (dalam bahasa Inggeris). aeroroutes.com. 22 Ogos 2023. Dicapai pada 31 Ogos 2023. Chengdu Airlines during the month of September 2023 plans to launch service to Japan, where the airline files operational schedule for Fuzhou – Ibaraki nonstop route.
^ ab"CHENGDU AIRLINES RESUMES HARBIN – VLADIVOSTOK SERVICE FROM LATE-JULY 2023". www.aeroroutes.com (dalam bahasa Inggeris). aeroroutes.com. 17 Julai 2023. Dicapai pada 4 Ogos 2023. Chengdu Airlines from late-July 2023 plans to resume service to The Russia Far East, as the airline schedules Harbin – Vladivostok service, with ARJ21-700 aircraft. The airline plans to operate 2 weekly flights, effective 21JUL23.
^"CHENGDU AIRLINES REMOVES FUZHOU – IBARAKI SEP 2023 SCHEDULES". www.aeroroutes.com (dalam bahasa Inggeris). aeroroutes.com. 13 September 2023. Dicapai pada 16 September 2023. Chengdu Airlines last week removed schedule listing for Fuzhou – Ibaraki route, previously scheduled for the month of September 2023.