Hasil tani tradisi Hunan ialah beras. Kawasan Tasik Dongting ialah pusat penghasilan rami yang penting, dan Hunan juga merupakan pusat penanaman teh yang penting.
Kawasan Lengshuijiang dikenali kerana lombong-lombong stibnitnya, dan merupakan salah sebuah pusat utama penggalian antimoni di China.
KDNK nominalnya untuk tahun 2006 ialah 749.3 bilion yuan (AS$96.8 bilion). Pada tahun 2006, KDNK per kapitanya ialah 11,830 yuan (AS$1,530). [1]