Baek kimchi (harfiah "kimchi putih") adalah sejenis kimchi dibuat tanpa serbuk cili yang biasa digunakan untuk penapaian kimchi dalam masakan Korea.[1] Baek kimchi mempunyai rasa yang lebih ringan, sesuai kepada kanak-kanak dan warga tua, yang kepada mereka kimchi biasa mungkin terlalu pedas.[2] Baek kimchi mengandungi baechu (kubis) masin, mu (lobak), minari, daun bawang, pear Korea, buah berangan, jujube, halia, bawang putih, garam, gula, dan sedikit potongan lada cili sebagai hiasan.[3]
Baek kimchi'rasa ringan dan tekstur rangup menjadikannya pembuka selera yang baik apabila orang memesan hidangan utama berasaskan daging lembu seperti galbi atau bulgogi di restoran Korea. Ia juga digunakan sebagai pembalut untuk baek kimchi bossam.[4]
Lihat juga
Rujukan
Pautan luar