Jangajji atau jangachi (sebutan bahasa Korea: [tɕaŋaːtɕ͈i]) ialah sejenis jeruk dalam masakan Korea yang menjeruk atau memerap sayur di dalam sos buat masa yang lama. Makanan ini kadang kala dinamakan janghwa (장화). Mengikut sejarah, ia dibuat semasa musim menuai dan dimakan sebagai banchan (hidangan sampingan kecil) apabila sayur sangat sukar didapati semasa musim sejuk. Setiap kali memakan jangajji, ia dihiris nipis, diperisakan dengan minyak bijan, gula, garam dan bijan.[1][2]
Bahan-bahan
Makanan ini mempunyai kepelbagaian bergantung kepada kawasan dan suhu. Ramuan utama juga pelbagai, dan munghkin mengandungi bawang putih, daikon, timun, daun cili, tembikai wangi tempatan, daun perila, deodeok (Codonopsis lanceolata), dan lain lagi. Secara amnya, jangajji dijeruk di dalam ganjang (kicap Korea), gochujang (pes cili), doenjang (pes kacang soya), cuka cair. Untuk membuat jangajji, sayur haruslah kering atau diasinkan untuk mengelakkan lebihan kelembapan pada perasa. Pada kebelakangan ini, kecenderungan makanan telah berubah dan sayur segar mudah didapati, maka penggunaan jangajji telah berkurang dengan banyaknya.[1][2]
Galeri
Lihat juga
Rujukan
Pautan luar