Asid maleik atau asid butenedioik cis ialah sebuah sebatian organik yang merupakan asid dikarboksilik, suatu molekul dengan dua kumpulan karboksil. Formula kimianya ialah HO2CCH=CHCO2H. Asid maleik ialah cis-isomer dari asid butenedioik, manakala asid fumarik ialah isomer trans. Ia kebanyakannya digunakan sebagai pelopor kepada asid fumarik, dan saudara kepada induknya maleik anhidrida, asid maleik ada beberapa penggunaan.
Sifat
Asid maleik lebih larut dalam air daripada asid fumarik dengan nilai keterlarutannya ialah kira-kira 78 g per 100 mL air pada 25 °C. Keterlarutan sebatian ini meningkat secara mendadak seiring dengan peningkatan suhu seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah:
Keterlarutan asid maleik dalam 100 mL air mengikut suhu[4]
Suhu (°C)
25
40
60
97.5
Keterlarutan (g per 100 mL)
78.9
112.3
148.8
392.6
Sebatian ini boleh terurai apabila dipanaskan pada suhu kira-kira 135 °C kepada maleik anhidrida dengan membebaskan air. Asid maleik boleh bertindak balas dengan molekul ozon lalu menghasilkan asid glioksilik.[5]
^CRC Handbook of Chemistry and Physics, 73rd ed.; CRC Press: Boca Raton, Florida., 1993
^ abK. Lohbeck, H. Haferkorn, W. Fuhrmann, N. Fedke: Maleic and Fumaric Acids. In: Ullmann's Encyclopedia of Industrial Chemistry. Wiley-VCH Verlag, Weinheim, 2012, DOI:10.1002/14356007.a16_053.