Akademi Pemandu Ferrari ialah sebuah inisiatif dari pasukan Formula Satu Scuderia Ferrari untuk menggalakkan bakat-bakat muda di dalam organisasi mereka sendiri, dengan beberapa pemandu yang dipilih dan dibiayai oleh pasukan, berada di bawah kontrak jangka masa panjang.[1]
Sejarah
Konsep idea tersebut datang dari Felipe Massa, selepas pelumba Brazil tersebut dipinjamkan kepada Sauber selama tiga musim semasa berada di bawah kontrak dengan Ferrari. Jules Bianchi merupakan pelumba pertama yang menandatangani kontrak untuk skim akademi ini pada bulan Disember 2009, yang kemudiannya diikuti oleh Mirko Bortolotti, Daniel Zampieri dan Raffaele Marciello pada bulan Mac 2010.[2] Pada lewat tahun 2010, Ferrari mengesehkan bahawa Sergio Pérez telah mendaftar untuk skim ini, dan pelumba Mexico tersebut menjadi graduan pertama mereka untuk bersaing Formula Satu, setelah menandatangani kontrak bersama Sauber beberapa hari sebelum pengumuman tersebut.[3][4] Pérez terpaksa meninggalkan akademi ini selepas menandatangani kontrak untuk McLaren untuk musim 2013.
Pemandu terkini
Bekas pemandu
Lihat juga
Rujukan
Pautan luar