"
"You Should See Me in a Crown" ialah lagu oleh penyanyi dan penulis lagu Amerika Syarikat, Billie Eilish. Lagu ini dikeluarkan pada 18 Julai 2018, melalui Darkroom dan Interscope Records.[1] Lagu ini ditulis oleh Eilish dan abangnya Finneas O'Connell, yang juga menerbitkan lagu ini.[2] Lagu ini mendapat ulasan positif dari pengkritik muzik dan masuk dalam beberapa carta lagu negara termasuk Amerika Syarikat, Australia dan Kanada, mendapat pensijilan Emas di Kanada. Lagu ini dikeluarkan sebagai single pertama untuk album sulung Eilish, When We All Fall Asleep, Where Do We Go?.
Kredit diperoleh dari Tidal.[3]