Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Cina.
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
Lihat versi rencana Cina itu yang diterjemahkan oleh mesin.
Terjemahan mesin Google adalah permulaan yang berguna untuk terjemahan, tetapi penterjemah harus membaiki kesalahan-kesalahan mengikut keperluan dan mengesahkan bahawa terjemahan itu adalah tepat, bukan sahaja salin dan tampal teks keterjemahan mesin ke dalam Wikipedia Bahasa Melayu.
Jangan terjemah teks yang tidak boleh dipercayai atau berkualiti rendah. Jika boleh, sahkan teks dengan rujukan yang disediakan dalam rencana bahasa asing.
Selepas menterjemah, templat {{Laman diterjemahkan|zh|伍连德}} hendaklah ditambah pada laman perbincangan untuk memastikan pematuhan kepada hak cipta.
Wu Lien-teh (Cina tradisional: 伍連德code: zh is deprecated ; juga dirumikan sebagai Goh Lean Tuck atau Ng Leen Tuck 10 Mac 1879 – 21 Januari 1960) merupakan seorang pakar perubatan kelahiran Tanah Melayu masyhur kerana kerjanya dalam kesihatan awam terutamanya semasa wabak Manchuria pada 1910–11. Ketika ini jugalah beliau mengembangkan rekaan topeng khas berkesan yang digunakan untuk tujuan sanitasi dan pencegahan dari persekitaran ini.
Beliau merupakan pelajar perubatan keturunan Cina pertama melanjutkan pengajian di Universiti Cambridge.[1] Beliau juga merupakan orang kelahiran Tanah Melayu pertama yang berkelayakan mendapatkan Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan pada 1935.[2]
Wu kembali ke Negeri-Negeri Selat pada 1903. Beliau berkahwin tidak lama kemudian dengan Ruth Shu-chiung Huang, anak revolusioner Wong Nai Siong[6][4] serta adik ipar Lim Boon Keng, seorang doktor yang memperkenalkan banyak dasar pembaharuan sosial dan pendidikan di Singapura.[4]
Wu dan keluarganya berpindah ke China pada 1907.[4] Semasa berada di China, isteri Wu dan dua daripada tiga anak lelaki mereka meninggal dunia.[4] Beliau berkahwin semula dan mempunyai empat orang anak.
Pada November 1931 semasa pencerobohan Jepun ke atas Manchuria, Wu ditahan dan disoal siasat oleh pihak berkuasa Jepun kerana disyaki sebagai perisik China.[4]
Apabila pendudukan Jepun meluas hebat ke sebahagian besar China sehingga memaksa tentera Nasionalis berundur, Wu terpaksa lari menyelamatkan diri ke arah selatan kembali ke Tanah Melayu untuk tinggal di Ipoh; beliau malangnya mendapati bahawa rumahnya dan koleksi buku perubatan kuno Cina sudah terbakar.[7][4]
Pada 1943, Wu ditangkap oleh pejuang kemerdekaan sayap kiri Tanah Melayu sebagai tebusan. Beliau kemudian hampir disoal siasat pihak berkuasa Jepun atas syak menyokong gerakan penentang dengan membayar wang tebusan, namun beliau diberikan perlindungan jua atas jasa merawat seorang pegawai tentera mereka.[4]
Kerjaya perubatan
Pada September 1903, Wu menyertai Institut Penyelidikan Perubatan di Kuala Lumpur sebagai pelajar penyelidikan pertama. Namun, tidak ada jawatan pakar untuknya kerana pada masa itu, sistem perubatan dua peringkat di jajahan British meletakkan syarat bahawa hanya warganegara Britain yang dapat memegang jawatan tertinggi pegawai perubatan atau pakar yang berkelayakan sepenuhnya. Wu menghabiskan masa awal kerjayanya untuk menyelidik penyakit beri-beri dan cacing gelang sebelum memasuki latihan swasta menjelang akhir tahun pada 1904 di Lebuh Chulia, George Town, Pulau Pinang.[5]
Penanganan ketagihan candu
Masalah ketagihancandu merupakan gejala sosial hebat dialami pada masa Wu bekerja, beliau amat giat dalam percubaannya menangani penyalahgunaan ini. Pada awal 1900-an, beliau berkawan dengan Lim Boon Keng dan Song Ong Siang, seorang peguam yang aktif membangunkan masyarakat awam Singapura. Beliau menyertai mereka dalam menyunting The Straits Chinese Magazine.[4] Bersama rakan-rakannya, Wu menubuhkan Anti-Opium Association (Persatuan Anti-Candu) di Pulau Pinang. Beliau menganjurkan persidangan anti-candu di seluruh negara pada musim bunga 1906 yang dihadiri oleh kira-kira 3000 orang.[8][4] Ini menarik perhatian pihak besar yang terlibat dalam perdagangan candu yang menguntungkan dan pada 1907, ini membawa kepada pencarian dan penemuan berikutnya satu auns tingtur candu di dispensari Wu, yang mana beliau dihukum dan didenda.[4]
Wu memulakan pekerjaan sebagai seorang pegawai pemerintahan kerajaan Qing China pada tahun 1907 dan menjadi naib pengarah Kolej Perubatan Tentera, yang berpusat di Tianjin, pada 1908.[3]
Usaha pencegahan penyakit
Beliau melakukan suatu bedah siasat terhadap mayat seorang wanita Jepun yang meninggal terjangkit wabak ini[4][9] di mana beliau dapat menyimpulkan bahawa mangsa dijangkiti melalui pernafasan. Dengan pengetahuan ini serta terilham dari topeng pembedahan yang dilihatnya semasa belajar di barat, beliau mempertingkatkan rekaan yang ada dengan menambahkan lapisan kain kasa dan kapas yang ampu menapis udara pernafasan.[10][11] Rekaan yang ada ini dipercayai merupakan duluan kepada topeng N95 yang masih digunakan sehingga hari ini.[12]
Persaraan dan akhir hayat
Wu terus mempraktikkan perubatan sehingga kematiannya pada umur 80 tahun. Beliau ada membeli sebuah rumah baharu di Pulau Pinang untuk meluangkan masa persaraannya, beliau turut menyelesaikan autobiografinya setebal 667 halaman berjudul Plague Fighter, the Autobiography of a Modern Chinese Physician.[13]
Pada 21 Januari 1960, beliau meninggal dunia akibat komplikasi strok ketika di rumahnya di Pulau Pinang.[5]
Peninggalan
Wu Lien-teh dianggap sebagai orang pertama yang memodenkan perkhidmatan perubatan dan pendidikan perubatan China. Di Universiti Perubatan Harbin, patung-patung perunggu daripadanya memperingati sumbangannya terhadap kesihatan awam, perubatan pencegahan, dan pendidikan perubatan.[14]
Karya penulisan Wu dalam bidang epidemiologi kembali menjadi sangat relevan dengan melandanya pandemik COVID-19 yang merebak seluruh dunia pada tahun 2019.[10][15][16]
Kehormatan
Terdapat sebatang jalan raya di Ipoh Garden South, kawasan perumahan kelas menengah di kota Ipoh, Perak yang dinamakan sempena beliau. Di Pulau Pinang juga terdapat suatu kawasan perumahan bernama Taman Wu Lien Teh terletak berhampiran alma maternya Penang Free School;[17] di sekolah ini, sebuah rumah diberi nama sempena namanya. Sebuah persatuan juga dinamakan sempena nama beliau, Persatuan Dr. Wu Lien-teh.[18][15]
Koleksi pustaka Wu Lien-teh sebanyak 20,000 buku ilmu disumbangkan beliau sendiri semasa hayatnya kepada Universiti Nanyang yang kemudian tersinambung menjadi sebahagian dari Universiti Nasional Singapura.[5] Muzium Seni Universiti Malaya mempunyai seberapa koleksi lukisan dari Wu.[4]
Pada 1995, anak perempuan Wu, Dr. Yu-lin Wu, menerbitkan sebuah buku mengenai bapanya, Memories of Dr. Wu Lien-teh, Plague Fighter.[19]
Pada 2015, Institut Wu Lien-Teh dibuka di Universiti Perubatan Harbin.[9] Pada 2019, The Lancet melancarkan suatu anugerah tahunan untuk memperingati jasa Wu serta pengasas penyunting penerbitan, Thomas Wakley yakni Hadiah Wakley-Wu Lien Teh.[20]
Pada 2021, Wu diberi penghormatan oleh Google dengan suatu lakaran memperingati beliau.[21][22]
Rujukan
^Wu Lien-Teh, 2014. Plague Fighter: The Autobiography of a Modern Chinese Physician. Penang: Areca Books.
^Chun Wu (春鸣) (26 Oktober 2010). "清末的"医科进士"伍连德" [Wu Lien-teh, Doktor Pemajuan Perubatan Akhir Zaman Qing]. 北京市地方志 (Sejarah Tempatan Beijing) (dalam bahasa Cina).
^Cooray, Francis; Nasution Khoo Salma. Redoutable Reformer: The Life and Times of Cheah Cheang Lim. (dalam bahasa Inggeris) Areca Books, 2015. ISBN9789675719202