Wikipedia Bahasa Burma (Bahasa Burma: မြန်မာ ဝီကီပီးဒီးယား disebut [mjəmà wɪkɨˈpiːdiə]) adalah Wikipedia edisi bahasa Burma. Edisi ini dimulakan pada Julai 2004, dan mempunyai sekitar 46,000 rencana pada Julai 2020.
Sehingga Julai 2020, terdapat 82,000 pengguna, 5 pentadbir dan 2,854 fail di Wikipedia Bahasa Burma.[1] Ia berada pada kedudukan ke-85 berdasarkan jumlah rencana.
Sejarah
Garis masa
- 2004: Wikipedia Bahasa Burma dilancarkan.
- 2005: Sebilangan Wikipediawan Bahasa Burma mula menyertai dan mula menulis.
- 2008: Kandungan berkembang secara drastik.
- 2010: Bengkel Wikipedia Bahasa Burma pertama diadakan di Bangkok, Thailand dengan orang-orang dari Yayasan Wikimedia, pakar Unicode tempatan dan antarabangsa serta Wikipediawan Bahasa Burma.
- 2012: Wikipedia Bahasa Burma diperkenalkan di Barcamp Yangon.
Persatuan Profesional Komputer Myanmar telah melancarkan projek Wikipedia Myanmar dengan tujuan mengembangkan Wikipedia pada 2010.[2]
Komuniti Wikipedia Bahasa Burma telah mengadakan bengkel bersama pertama mereka di Yangon, Myanmar dengan bantuan Telenor Myanmar pada Jun 2014 untuk merekrut sukarelawan baru.[3] Forum Wikipedia Bahasa Burma diadakan di Universiti Dagon pada Julai 2014 yang menarik lebih daripada 2,000 orang, termasuk pelajar.[4]
Kesukaran
Majoriti pengguna internet di Myanmar menggunakan fon Zawgyi yang bukan dari Unicode menjadikan mereka sukar untuk membaca di Wikipedia Bahasa Burma.[2][4][5]
References
Pautan luar
|
---|
6,000,000+ | |
---|
2,000,000+ | |
---|
1,000,000+ | |
---|
100,000 –999,999 | |
---|
10,000 –99,999 | |
---|
>10,000 | |
---|
|