Wikipedia Bahasa Asturia (Bahasa Asturia: Wikipedia n'asturianu) adalah Wikipedia versi bahasa bahasa Asturia[1] yang dimulakan pada Julai 2004. Pada 8 Disember 2015, Wikipedia Asturia mempunyai lebih dari 45,000 rencana, menjadikannya Wikipedia ke-77 terbesar. Ia juga mempunyai 30,432 pengguna berdaftar, kebanyakannya akaun global dibuat secara automatik, kerana pengguna aktif bulanan berjumlah 94 di mana sembilan daripadanya adalah pentadbir. Ia telah disunting sebanyak 999,632 kali. Wikipedia Bahasa Asturia diklasifikasikan di tempat ke-15 Wikipedia berdasarkan rencana bagi setiap jumlah penutur.[2]
Sejarah
Setelah ditubuhkan pada Julai 2004, Wikipedia Bahasa Asturia mencapai 1,000 rencana pada 1 September 2004.
Pada 2015, Wikipedia ini dianugerahkan dengan Anugerah Puteri AsturiasSepanyol atas Kerjasama Antarabangsa.[3] Berucap di Parlimen Asturias di Oviedo, kota yang menjadi tuan rumah upacara penganugerahan, Jimmy Wales memuji karya pengguna Wikipedia Bahasa Asturia.[4] Pada malam upacara, ahli Yayasan Wikimedia mengadakan perjumpaan dengan ahli-ahli Wikipedia dari seluruh pelusuk Sepanyol, termasuk komuniti Asturia tempatan.
Logo Wikipedia Bahasa Asturia versi lama
Logo 4 tahun (2008)
Sempena rencana ke-10,000 dicipta pada 20 November 2007