Syazwani Abdullah (lahir Mac 17 1990) atau lebih dikenali sebagai Wani Kayrie merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia.[1] Kerjaya hiburannya bermula selepas menjadi juara rancangan TV realiti Kamilah Bintang di Astro Ceria pada 2010.[2] Beliau mula meraih kejayaan komersial menerusi lagu masyhurnya "Jangan Jangan".[3] Selain itu, beliau turut mengambil bahagian dalam rancangan Big Stagemusim pertama di mana beliau berjaya memenangi tempat keempat.[4]
Kerjaya
Wani mula menunjukkan minat terhadap nyanyian sejak usia 6 tahun.[5] Pada tahun 2010, beliau menjadi salah seorang daripada enam peserta pertandingan nyanyian kanak-kanak Astro Ceria, Kamilah Bintang antara lain turut disertai oleh Didi Astillah. Ketika menyertai Kamilah Bintang, beliau menggunakan nama Syazwani Sapari.[6] Beliau dinobatkan sebagai juara sekaligus menewaskan lima peserta lain.[7][8]
Beliau mengikat kontrak bersama Suria Records (SRC) (sehingga 2019) yang pernah menaungi Siti Nurhaliza dan seterusnya muncul bersama single sulungnya, "Jangan Jangan". Lagu ini mendapat sambutan hangat dengan meraih jumlah tontonan sebanyak 1 juta di YouTube dalam masa dua bulan.[9][1]
Wani mewakili Malaysia ke pertandingan World Championship Of Performing Arts (WCOPA) yang berlangsung di Hollywood, California, Amerika Syarikat pada Julai 2018. Beliau merupakan antara 15 yang terpilih untuk mewakili negara daripada 30 peserta yang bersaing untuk merebut tempat secara keseluruhan.[10][1] Wani menyertai pertandingan Big Stagemusim pertama dan bersaing bersama rakan-rakan BBNU (Budak Baru Nak Up) bagi menempa nama dalam industri muzik tanah air. Peserta yang terlibat termasuk Sarah Suhairi, Ariff Bahran, Afieq Shazwan, Andi Bernadee, Tajul Ariff, Fara Hezel, Syafiq Farhain, Baby Shima dan Sissy Imann.[4][11] Wani terselamat daripada penyingkiran apabila juri tetap, Siti Nurhaliza menggunakan kuasa imuniti semasa suku akhir konsert. Beliau berjaya memenangi tempat keempat.[12]
Beliau mengumumkan pada Januari 2019 bahawa tidak akan menyambung kontraknya bersama Suria Records yang akan tamat pada September.[14] Wani ialah salah seorang daripada 10 peserta rancangan realiti tarian dan nyanyian Astro Ria, Dansa Dan Sing di mana beliau berkolaborasi bersama empat penari yang dikenali sebagai Delitz.[15]
^ abcNurfarahana Mohamed (19 November 2015). "Arah seni Wani Kayrie". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-12-25. Dicapai pada 13 Disember 2015. Penyanyi Jangan Jangan mahukan kerjaya dan pelajaran berjalan seiring.
^Najiy Jefri (22 Januari 2020). "Bina nama sejak kecil". Harian Metro. Dicapai pada 6 Februari 2020. Bermula dengan penyertaannya dalam program realiti Kamilah Bintang pada 2010 sehingga yang terbaharu Dansa Dan Sing yang kini bersiaran di Astro, gadis berusia 20 tahun ini dilihat lebih optimis menyertai pertandingan realiti.
^"Wani harap nama lebih bersinar pada 2018". Kosmo!. 31 Disember 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-04. Dicapai pada 22 Mac 2018. Bagi yang tidak tahu, selain berbakat dalam bidang nyanyian, Wani juga seorang atlit sukan boling dan pernah mewakili Selangor.