Syafiq Farhain |
---|
Kelahiran | Nursyafiq Farhain bin A.M Salim (1994-02-19) 19 Februari 1994 (umur 30)
|
---|
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon, pengacara, ahli Bomba |
---|
Tahun aktif | 2016–kini |
---|
Ketinggian | 1.75 m (5 ka 9 in) |
---|
Pasangan | Alia Nadia (k. 2021) |
---|
Anak-anak | Eshal Zahra, 1 |
---|
Ibu | Napisah Muhammad Juwita |
---|
Bapa | Allahyarham Saleem |
---|
Nursyafiq Farhain bin A.M Salim atau lebih dikenali sebagai Syafiq Farhain (lahir 19 Februari 1994) merupakan seorang ahli bomba dan penyanyi lelaki Malaysia.[1][2] Beliau merupakan anak keempat penyanyi lagenda Malaysia, Allahyarham Saleem. Beliau merupakan salah seorang peserta Big Stage musim pertama,[3][4] di mana beliau menyandang gelaran naib juara pada 2018.[5] Beliau mula dikenali melalui applikasi Smule dengan dendangan lagu Mimpi Yang Pulang yang dipopularkan oleh kumpulan Iklim.
Kerjaya
Syafiq memulakan kerjayanya menjadi penyanyi apabila beliau aktif menyanyi menggunakan aplikasi Smule. sejak hujung tahun 2016. Antara lagu saduran nyanyian Syafiq ialah "Mimpi Yang Pulang", "Luhur", "Warisan" dan "Bintang".
Selain bergelar penyanyi solo, beliau juga adalah vokalis kepada kumpulan muzik 'Fire Fingers JDT' yang dianggotai oleh beberapa anggota bomba yang lain. Kumpulan ini aktif menerima undangan untuk majlis-majlis berkaitan bomba, termasuk acara korporat dan kenduri kahwin.
Syafiq juga merupakan ahli bomba di Ibu Pejabat Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Putrajaya. Beliau juga pernah berkhidmat di Balai Bomba Dan Penyelamat, Tebrau, Johor.[6]
Big Stage (musim 1)
Berikut ialah lagu-lagu yang ditugaskan untuk dipersembahkan oleh beliau ketika konsert mingguan Big Stage:
Persembahan dan keputusan Big Stage 2018
Konsert
|
Minggu
|
Lagu
|
Penyanyi asal
|
Keputusan
|
Minggu 1
|
Lagu Viral
|
"Sayang Maafkan Aku"
|
Dirinya sendiri
|
TERSELAMAT
|
Minggu 2
|
Lit Throwback
|
"Sambutlah Kasih"
|
Lovehunters
|
TERSELAMAT
|
Minggu 3
|
Sama-sama Up
|
"Laksamana Raja Di Laut"
(duet bersama Shiha Zikir)
|
Iyeth Bustami
|
TERSELAMAT
|
Minggu 4
|
Tapi Bukan Aku
|
"Sway"
|
Michael Bublé
|
TERSELAMAT
|
Minggu 5
|
Hot List Digital
|
"Bunga"
|
Ara Johari
|
TERSELAMAT
|
Minggu 6
|
Lagu Pilihan Siti Nurhaliza
|
"Mencari Cinta Sejati"
|
Cakra Khan
|
TERSELAMAT
|
"Drama King"
(duet bersama Baby Shima)
|
Meet Uncle Hussain & Black Hanifah
|
TERSELAMAT
|
Minggu 7
|
Road To Final
|
"Kau Lupa Janji"
|
Jamal Abdillah
|
TERSELAMAT
|
"Joget Angan Tak Sudah"
(duet bersama Hazama)
|
Jay Jay
|
TERSELAMAT
|
Minggu 8
|
Cover Penentuan & Lagu Baru
|
"Antara Hujan dan Air Mata"
|
Sudirman
|
NAIB JUARA
|
"Aku Jatuh Cinta"
|
Dirinya sendiri
|
NAIB JUARA
|
Diskografi
Single
Tahun
|
Tajuk
|
Catatan
|
2017
|
"Sayang Maafkan Aku"
|
|
2018
|
"Kamar Hati"
|
|
"Aku Jatuh Cinta"
|
|
2019
|
"Manis Manis Cinta"
|
Duet bersama Baby Shima
|
"Demi Setia"
|
|
"Aidilfitri Mulia"
|
|
"Pakat Maghi Ganu"
|
|
2021
|
"Kau Bidadari"
|
|
Filemografi
Filem
Televisyen
Tahun
|
Tajuk
|
Peranan
|
Saluran TV
|
Catatan
|
2019
|
Geng Big Stage Beraya
|
Syafiq
|
Astro Ria
|
|
Rujukan
Pautan luar
|
---|
Pengacara | |
---|
Juri | |
---|
Juara | |
---|
Naib Juara | |
---|
Peserta | |
---|
Rencana berkaitan | |
---|
Petunjuk: 1 juri bukan warganegara Malaysia. 2 peserta bukan warganegara Malaysia. 3 menarik diri. 4 telah meninggal dunia. |