USS Arleigh Burke

USS Arleigh Burke (DDG-51)
USS Arleigh Burke (DDG-51) belayar di Laut Mediterranean pada bulan Mac 2003
Sejarah
United States Navy ensignAmerika Syarikat
Nama: Arleigh Burke
Bersempena dengan: Arleigh Albert Burke
Dipesan: 2 April 1985
Pembina: Bath Iron Works
Dibaringkan: 6 Disember 1988
Dilancarkan: 16 September 1989
Ditauliah: 4 Julai 1991
Pelabuhan asal: NAVSTA Norfolk, Virginia, A.S.
Pengenalan: DDG-51
Moto: Fast and Feared
Status: dalam perkhidmatan aktif, setakat 2024
Lencana:
Ciri-ciri umum
Kelas dan jenis: Pembinasa kelas-Arleigh Burke
Sesaran:
  • Ringan: kira-kira 6,800 long ton (6,900 t)
  • Penuh: kira-kira 8,900 long ton (9,000 t)
Panjang: 505 ka (154 m)
Lunas: 66 ka (20 m)
Draft: 31 kaki (9.4 m)
Jana kuasa: 4 x turbin gas General Electric LM2500-30, 2 x aci, 100,000 kuasa kuda aci (75 MW)
Halaju: >30 knot (56 km/j; 35 mph)
Jarak:
  • 4,400 batu nautika pada 20 knot
  • (8,100 km pada 37 km/j)
Anak kapal:
Sistem penderia dan
pemprosesan:
Peperangan elektronik
& pengumpan:
Persenjataan:
Pesawat yang dibawa: 2 x helikopter Sikorsky MH-60R

USS Arleigh Burke (DDG-51), dinamakan bersempena dengan nama Laksamana Arleigh A. Burke, USN (1901–1996), adalah kapal sulung dari kapal pembinasa peluru berpandu kelas-Arleigh Burke. Lunasnya telah dibaringkan oleh firma Bath Iron Works di Bath, Maine, pada 6 Disember 1988, dan dilancarkan pada 16 September 1989 oleh Puan Roberta (Gorsuch) Burke. Laksamana telah hadir sendiri di upacara pentauliahannya pada 4 Julai 1991, yang mana diadakan di gigi air bandar Norfolk, Virginia.

Para pereka Arleigh Burke telah memasukkan banyak pengajaran yang diperolehi oleh Tentera Laut Diraja semasa Perang Falklands dan kapal penjajap peluru berpandu kelas-Ticonderoga. Penjajap kelas Ticonderoga menjadi terlampau mahal untuk terus dibina, dan terlalu sukar untuk dinaik taraf.[perlu rujukan] Rekabentuk Arleigh Burke termasuk ciri teknologi halimunan, yang mana memperbaiki keupayaannya untuk mengelak peluru berpandu anti kapal. Ia juga menggunakan versi sedikit turun-taraf sistem tempur Aegis, yang mana membolehkan pelancaran, penjejakan dan pengelakkan peluru berpandu dilakukan secara serentak. Bahan binaan yang terdiri daripada keluli sepenuhnya memberi perlindungan yang baik untuk struktur supernya, sementara Sistem Perlindungan Kolektif membolehkan ia beroperasi dalam persekitaran yang tercemar dengan bahan kimia, biologi atau radioaktif.

  • USS Arleigh Burke teah muncul dalam kredit pembukaan sebuah siri TV JAG. Ia juga muncul sebagai USS Cayuga dalam episod JAG bertajuk "Cowboys and Cossacks" pada tahun 1997.[1]
  • USS Arleigh Burke telag digunakan untuk penggambaran di laut dalam episod NCIS bertajuk "The Immortals" pada tahun 2003.[2]

Rujukan

  1. ^ "Cowboys and Cossacks". JAG. 1997. Unknown parameter |serieslink= ignored (bantuan)
  2. ^ "The Immortals". NCIS. 2003. Unknown parameter |serieslink= ignored (bantuan)

Bacaan lanjut

Pautan luar

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!