Share to: share facebook share twitter share wa share telegram print page

Tunku Besar Burhanuddin

Burrhanuddin Shah
Tunku Besar Seri Menanti Negeri Sembilan Darul Khusus
Fail:-
-
Tunku Besar Seri Menanti Negeri Sembilan ke-7
Pemerintahan14 Julai 1888 - 5 Julai 1961
Kemahkotaan-
Didahului olehTuanku Muhammad Shah Tuanku Antah
Diikuti olehTuanku Muhriz Ibni Tuanku Munawir
KeputeraanTunku Burhanuddin bin Tunku Nazzhir Rhouddein (Antah)
(1878-09-22)22 September 1878
Bandar Diraja Seri Menanti, Mukim Sri Menanti, Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Persekutuan Tanah Melayu, Tanah Melayu
Kemangkatan{{|1961|7|5|1878|9|22|df=y}}
Istana Baroh Seri Menanti, Negeri Sembilan
Pemakaman6 julai 1961
Makam Diraja Seri Menanti, Seri Menanti, Negeri Sembilan, Tanah Melayu
Pasangan2 orang
Isteri
  • Tunku Sharifah Alawiyah binti Sayid Abdul Hamid (k. 1907; m. 1949)
    Cik Halija binti Umar (k. 1911; m. 1968)
Anakanda Tunku Mustapha, Tunku Mohamed, Tunku Indrian, Tunku Daud, Tunku Adnan, Tunku Mahmud, Tunku Shahabuddin, Tunku Kurshiah, Tunku Hamdah, Tunku Ampuan Durah, Tunku Sharifah Alawiyah, Tunku Muhammad Jamil, Tunku Ahmad, Tunku Ghariba, Tunku Zahariah, Tunku Ampuan Najihah
Nama diraja
Tunku Besar Burhanuddin Ibni Tuanku Antah
WangsaPagaruyung
AyahandaYamtuan Antah
BondaChik Puan Besar Halimah Binti Uggoh
AgamaIslam Sunni

Tunku Burhanuddin Ibni Yamtuan Antah (Jawi: تونكو برهان الدين يمتوان انته; 22 September 1878 – 5 Julai 1961) ialah serang kerabat diraja Negeri Sembilan dan pernah menjadi pemangku raja Negeri Sembilan.

Ayahandanya ialah Yamtuan Antah Yamtuan Raden, yang menjadi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan (Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan) ke-6 dari 1869 hingga 1888. Abang Tunku Burhanuddin, Tuanku Muhammad menjadi Yamtuan Besar ke-7 dan yang pertama menggunakan gelaran Yang di-Pertuan Besar apabila Yamtuan Antah meninggal dunia.

Salasilah

Tunku Burhanuddin dikenali sebagai bapa kepada permaisuri Negeri Sembilan. Ketiga-tiga puterinya berkhidmat sebagai Tunku Ampuan (gelaran bagi permaisuri Yang di-Pertuan Besar).

Puteri sulung baginda, Tunku Kurshiah telah berkahwin dengan Tuanku Abdul Rahman dan merupakan Tunku Ampuan dari tahun 1933. Baginda digantikan sebagai Tunku Ampuan oleh adiknya dan puteri kedua Tunku Burhanuddin, Tunku Ampuan Durah, yang telah berkahwin dengan Tuanku Munawir.

Puteri bongsu Tunku Burhanuddin, Tunku Ampuan Najihah[1] berkahwin dengan Tuanku Ja’afar. Baginda pernah menjadi Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan dari 1967 hingga 2008, ketika baginda menaiki takhta.

Tunku Kurshiah and Tuanku Najihah juga pernah berkhidmat Raja Permaisuri Agong Malaysia .

Seorang cucunda puteri baginda, Tunku Bahiyah, anakanda Tunku Kurshiah, merupakan Sultanah Kedah dan pernah juga menjadi Raja Permaisuri Agong. Cucunda putera baginda, Tuanku Muhriz, anakanda Tunku Ampuan Durah kini menjadi Yang di-Pertuan Besar.

Tunku Besar Burhanuddin mangkat pada tahun 1961.

Penghormatan asing

Rujukan

  1. ^ The right royal address, The Star, July 22, 2010
  2. ^ "No. 34166". The London Gazette. 31 Mei 1935. m/s. 3598.
Prefix: a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9

Portal di Ensiklopedia Dunia

Kembali kehalaman sebelumnya