Terdapat beberapa torpedo 18 inci dalam perkhidmatan dengan United Kingdom.
Ini telah digunakan bagi kapal-kapal Tentera Laut Diraja dan pesawat kedua-dua Armada Cawangan Udara dan Tentera Udara Diraja , manakala kapal permukaan dan kapal selam Tentera Laut DiRaja menggunakan torpedo 21 inci .
Torpedo "18 inci" British adalah 17.72 inci (45.0 cm) diameter, bermula dengan torpedo "Fiume" Whitehead 1890.
45 cm "Fiume" (Whitehead) torpedo [ sunting ] Rencana utama: Whitehead torpedo Mula diperkenalkan dalam perkhidmatan British pada tahun 1894. [1]
Mula diperkenalkan dalam perkhidmatan British pada tahun 1894.[1]
Digunakan di kapal pembinasa kelas River dan 1905 kapal pembinasa kelas Tribal.
Diperkenalkan pada tahun 1908 pada ahli kepal pembinasa kelas Tribal. Digunakan oleh bot torpedo dan kapal pembinasa yang dibina sebelum Perang Dunia Pertama. Digunakan oleh bot terbang RAF pada akhir 1920-an.
Torpedo lancaran udara, digunakan oleh Cawangan Udara ARmada dan Pemerintah Persisiran RAF.
Mark XIV merupakan torpedo lancaran udara. Stok hilang dengan kejatuhan Singapura.
Projek torpedo eletrik tidak disiapkan.
Satu torpedo pandu tuju akoustik pasif lancaran udara yang dikenali sebagai "Dealer" dan "Dealer B". "Dealer" tidak memasuki perkhidmatan, tetapi penggantinya, "Dealer B" (Mark 30 Mod 0), diterbitkan sejak Jun 1954. Dianggap amat berjaya dengan sekitar 1,200 dibina, ia berkhidmat dalam kedua-dua Tentera Laut DiRaja dan RAF sehingga 1970. Mark 30 Mod 1 memiliki beberapa peningkatan, tetapi program ini dibatalkan pada tahun 1955 dan digantikan dengan membeli torpedo Mark 43 10 inci/torpedo Mark 43 Mod 3 daripada Amerika Syarikat.[2]