The Tokyo Electric Power Company, Inc. (東京電力株式会社, Tōkyō Denryoku Kabushiki-gaisha, TYO: 9501 ), juga dikenali dengan singkatan Tōden (東電) atau TEPCO, ialah sebuah syarikat pembekal elektrik yang berkhidmat untuk kawasan Kantō (termasuk Tokyo), Wilayah Yamanashi, dan bahagian timur Wilayah Shizuoka. Ibu pejabatnya terletak di Uchisaiwaicho, Chiyoda, Tokyo. TEPCO juga membuka pejabat cawangan di Washington, D.C., dan London.
Pada tahun 2007, TEPCO dipaksa menutup Loji Kuasa Nuklear Kashiwazaki-Kariwa ekoran gempa bumi Niigata-Chuetsu-Oki. Pada tahun itu, ia melaporkan kerugian pertama sejak 28 tahun.[1] Kerugian syarikat berterusan hingga loji tersebut dibuka semula pada tahun 2009.[2] Ekoran bencana gempa bumi dan tsunami Tōhoku 2011, TEPCO mendapat perhatian dunia apabila loji janakuasanya di Fukushima Daiichi menjadi tapak kejadian salah satu bencana nuklear yang paling parah di dunia, menyebabkan 50,000 isirumah penduduk sekitarnya terpaksa berpindah kerana bocornya radiasi ke dalam udara, tanah dan laut.[3]