Spring Shopping Mall adalah pusat membeli-belah di Kuching, Sarawak, Malaysia. Terletak di Persiaran Spring, ia dibuka pada Januari 2008. Merupakan pusat membeli-belah terbesar di Sarawak sejak penubuhannya sehingga Boulevard Shopping Mall dibuka pada tahun 2008.
Ia mempunyai dua penyewa utama iaitu Pasar Raya Parkson dan Ta Kiong.
Spring Shopping Mall mempunyai kapasiti untuk menempatkan lebih dari 150 kedai membeli-belah yang tersebar di tiga tingkat atas dan tingkat bawah tanah.
Butik-butik jenama fasyen pula iaitu Padini, Uniqlo, H&M & banyak lagi. Kedai rantai seperti Watsons. Kedai runcit termasuk Toys "R" Us & Lego. Restoran dan kedai makan yang terdapat Nando's, Big Apple Donut, Pizza Hut, KFC, Secret Recipe, Starbucks, Sushi King & banyak lagi.