The Princess and the Cobbler (bahasa Melayu harafiah Puteri dan Tukang Kasut), juga dikenali sebagai The Thief and the Cobbler, ialah sebuah filem berbahasa Inggeris yang mula ditayangkan pada tahun 1993.
Filem The Princess and the Cobbler ini telah dihasilkan di bawah arahan pengarah Richard Williams.
Filem The Princess and the Cobbler merupakan filem cereka animasi yang diarah, ditulis bersama dan dihasilkan bersama oleh pakar animasi Kanada Richard Williams. Filem ini terkenal kerana sejarahnya yang panjang dan sukar. Disebabkan penbiayaan bebas dan kerumitan animasi, penghasilan The Princess and the Cobbler terhenti-henti sepanjang dua dekad. Ia akhirnya diletakkan dalam penghasilan penuh pada tahun 1988 apabila Warner Bros. bersetuju untuk membiayai dan mengedarkan filem ini. [1] Perundingan gagal apabila pengeluaran melebihi anggaran dan terlewat. Warner Bros. menarik diri dan syarikat bond pelengkap mengambil alih kawalan filem. Filem ini disunting dan disusun semula oleh penerbit Fred Calvert tanpa pembabitan Williams, dan diterbitkan di Australia dan Afrika Selatan sebagai filem The Princess and the Cobbler pada tahun 1993; dua tahun kemudian, Miramax menerbitkan versi yang disunting lebih lanjut lagi di Amerika Utara di bawah judul Arabian Knight.
Filem ini turut disertai oleh beberapa orang pelakon terkenal, antaranya adalah Vincent Price, Matthew Broderick, Jennifer Beals
Apabila Tack mengganggu wazir Zigzag, wazir tersebut mengheret dia ke istana diraja, di mana Princess Yum-Yum menyelamatkan dia dari dibunuh.