The Legend of Zelda: A Link to the Past dan Four Swords, juga dikenali sebagai Zelda no Densetsu: Kamigami no Triforce & Yotsu no Tsurugi (ゼルダの伝説 神々のトライフォース&4つの剣, Zeruda no Densetsu: Kamigami no Toraifōsu ando Yotsu no Tsurugi, secara harfiah "The Legend of Zelda: The Triforce of the Gods & Four Swords") di Jepun, ialah sebuah permainan video aksi-pengembaraan yang dibangunkan bersama oleh Nintendo dan Capcom dan diterbitkan oleh Nintendo untuk Game Boy Advance. Ia adalah keluaran kesembilan dalam siri permainan video The Legend of Zelda.
Ia dikeluarkan pada 2 Disember 2002 di Amerika Utara, 14 Mac 2003 di Jepun dan 28 Mac tahun yang sama di Eropah dan Australia. Kartrij ini mengandungi alihan diubah suai The Legend of Zelda: A Link to the Past untuk Super Nintendo Entertainment Systemdan satu permainan pemain berganda sahaja yang baru bertajuk The Legend of Zelda: Four Swords.
Alihan tertingkat Four Swords diedarkan buat masa yang terbatas dalam perkhidmatan DSiWare Nintendo di bawah nama The Legend of Zelda: Four Swords Anniversary Edition The Legend of Zelda: Four Swords Anniversary Edition (ゼルダの伝説 4つの剣 25周年記念エディション, Zeruda no Densetsu: Yotsu no Tsurugi 25 Shuunen Kinen Edishon, secara harfiah "The Legend of Zelda: Four Swords Edisi Ulang Tahun ke-25") pada 28 September 2011, dan mengandungi kandungan-kandungan baru seperti mod pemain tunggal baru dan lebih banyak kawasan.[1][2]
Rencana permainan video ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.