T-72 adalah sebuah Kereta Kebal Utama buatan Kesatuan Soviet yang dikeluarkan sejak tahun 1971. Kereta kebal ini merupakan hasil dari pembangunan lanjut yang dilakukan ke atas kereta kebal T-62[1]. Kereta kebal T-90 pula merupakan terbitan hasil pembangunan yang berterusan ke atas T-72. Baru-baru ini, reputasi T-72 tercalar ekoran keupayaannya yang mengecewakan semasa dalam pertempuran menentang kereta-kereta kebal moden buatan Barat seperti M1 Abrams dan Challenger 1 dalam Perang Teluk. Walaupun begitu, kekurangan latihan yang diberikan kepada krew kereta kebal T-72 juga harus diambil kira.
Jarak operasi= 460 km, 700 km dengan tangki bahan api tambahan
Kelajuan= 60 km/j
Pengguna T-72 dan terbitannya
T-72 digunakan lebih daripada 40 buah negara di seluruh dunia. Ia juga telah dibina dengan kebenaran berlesen dan dibangunkan lebih lanjut oleh beberapa buah negara seperti di bawah: