Sword Art Online

Sword Art Online
Novel ringan Sword Art Online jilid satu menampilkan watak utama Kirito (kiri) dan Asuna (kanan)
ソードアート・オンライン
(Sōdo Āto Onrain)
GenrePengembaraan, Aksi, Fiksyen Sains
Novel ringan
PengarangReki Kawahara
Ilustrasiabec
PenerbitASCII Media Works
Penerbit LainAmerika Syarikat Kanada Yen Press
DemografikShonen
PencetakanDengeki Bunko
Tarikh Pengeluaran10 April 2009 – kini
Jilid20 (Senarai jilid)
Manga
  • Sword Art Online
  • Sword Art Online: Aincrad
  • Sword Art Online: Fairy Dance
  • Sword Art Online: Girls Ops
  • Sword Art Online: Progressive
  • Sword Art Online: Phantom Bullet
  • Sword Art Online: Calibur
  • Sword Art Online: Mother's Rosario
  • Sword Art Online Alternative: Gun Gale Online
  • Sword Art Online: Project Alicization
Siri televisyen anime
PengarahTomohiko Itō
Penerbit
  • Kazuma Miki
  • Shinichirō Kashiwada
Lagu/MuzikYuki Kajiura
StudioA-1 Pictures
Dilesenkan olehAustralia Madman Entertainment
Amerika Syarikat Kanada Aniplex of America
United Kingdom Anime Limited
Penyiaran AsalTokyo MX, GTV, GYT, tvk, TVS, TVA, RKB, HBC, MBS, AT-X, CTC, BS11
Penyiaran LainMalaysia NTV7, Astro Ria, Astro AEC
Amerika Syarikat Adult Swim (Toonami)
Amerika Syarikat Kanada Aniplex Channel
TV5
Australia ABC3
Tarikh tayangan7 Julai 201222 Disember 2012
Episod25 (Senarai episod)
Novel ringan
Sword Art Online: Progressive
PengarangReki Kawahara
Ilustrasiabec
PenerbitASCII Media Works
DemografikShonen
PencetakanDengeki Bunko
Tarikh Pengeluaran10 Oktober 2012 – kini
Jilid4
Filem televisyen anime
Sword Art Online: Extra Edition
PengarahTomohiko Itō
Penerbit
  • Kazuma Miki
  • Shinichirō Kashiwada
Skrip/PenulisReki Kawahara
Munemasa Nakamoto
Lagu/MuzikYuki Kajiura
StudioA-1 Pictures
Dilesenkan oleh
Penyiaran AsalTokyo MX, BS11
Dikeluarkan pada31 Disember 2013
Jangka masa tayangan101 minit
Siri televisyen anime
Sword Art Online II
PengarahTomohiko Itō
Penerbit
  • Kazuma Miki
  • Shinichirō Kashiwada
  • Yōsuke Futami
Lagu/MuzikYuki Kajiura
StudioA-1 Pictures
Dilesenkan olehAustralia Madman Entertainment
Amerika Syarikat Kanada Aniplex of America
United Kingdom Anime Limited
Penyiaran AsalTokyo MX, GTV, GYT, tvk, TVS, CTC, TVA, MBS, TVQ, TVh, AT-X, BS11
Penyiaran LainMalaysia NTV7, Astro Ria, Astro AEC
Filipina TV5
Amerika Syarikat Adult Swim (Toonami)
Tarikh tayangan5 Julai 201420 Disember 2014
Episod24 (Senarai episod)
Novel ringan
Sword Art Online Alternative: Gun Gale Online
PengarangKeiichi Sigsawa
IlustrasiKouhaku Kuroboshi
PenerbitASCII Media Works
DemografikShonen
PencetakanDengeki Bunko
Tarikh Pengeluaran10 Disember 2014 – kini
Jilid5
Novel ringan
Sword Art Online Alternative: Clover's Regret
PengarangWatase Souichirou
IlustrasiGinta
PenerbitASCII Media Works
DemografikShonen
PencetakanDengeki Bunko
Terbitan10 November 2016
Jilid1
Siri televisyen anime
Sword Art Online: Alicization
PengarahManabu Ono
Penerbit
  • Shōki Niwa
  • Takaaki Yuasa
  • Yōsuke Futami
  • Misato Aoki
  • Kaoru Adachi
  • Ryūtarō Kawakami
Lagu/MuzikYuki Kajiura
StudioA-1 Pictures
Penyiaran AsalTokyo MX, Tochigi TV, GTV, BS11, MBS, AT-X
Penyiaran LainMalaysia Astro AEC
Tarikh tayangan7 Oktober 2018 – kini
Episod24
Filem
Permainan video
  • Sword Art Online: End World
  • Sword Art Online: Infinity Moment
  • Sword Art Online: Hollow Fragment
  • Sword Art Online: Code Register
  • Sword Art Online: Progress Link
  • Sword Art Online: Lost Song
  • Sword Art Online: Hollow Realization
  • Sword Art Online: Memory Defrag
  • Accel World VS Sword Art Online: Millennium Twilight
  • Sword Art Online: Fatal Bullet
Portal Anime dan Manga

Sword Art Online (Jepun: ソードアート・オンライン, Hepburn: Sōdo Āto Onrain, Seni Pedang Dalam Talian) merupakan siri novel ringan ditulis oleh Reki Kawahara dan diilustrasikan oleh abec. Siri ini berlaku pada masa akan datang dan memberi tumpuan kepada dunia realiti maya dikenali sebagai MMORPG. Novel ringan diterbitkan oleh ASCII Media Works' Dengeki Bunko pada 10 April 2009, berserta siri pendek diterbitkan pada Oktober 2012. Siri manga diterbikan oleh Kadokawa dan ASCII Media Works telah menghasilkan sembilan buah jilid. Siri televisyen anime dihasilkan oleh syarikat A-1 Pictures, musim pertama mula ditayangkan pada Julai sehingga Disember 2012, musim kedua ditayangkan pada Julai sehingga Disember 2014 dan musim ketiga ditayangkan pada Oktober 2018 sehingga kini. Siri ini telah mengeluarkan filem sulungnya iaitu Sword Art Online The Movie: Ordinal Scale ditayangkan serentak di Jepun dan Asia Tenggara pada 18 Februari 2017.

Siri novel ringan Sword Art Online telah menerima kejayaan komersial yang meluas, lebih 19 juta salinan dijual di seluruh dunia.[1] Siri anime mendapat sambutan yang hangat, animasi yang menarik, skor muzik, dan peneroka psikologi realiti maya tetapi dikritik mengenai jalan cerita yang sangat rumit.

Plot

Pada tahun 2022, permainan video berperanan berganda dalam talian realiti maya (VRMMORPG) juga dikenali sebagai Sword Art Online (SAO) mula dijual mempunyai peralatan seperti NerveGear, topi keledar yang merangsang pancaindera pengguna melalui otak seseorang, pemain boleh mengalami dan mengawal watak-watak dalam permainan mereka mengunakan fikiran mereka. VRMMORPG dan NerveGear direka oleh Kayaba Akihiko.

Pada 6 November, 10,000 pemain log masuk ke dunia ruang siber SAO buat pertama kali. Secara tiba-tiba, semua pemain tidak boleh log keluar. Seorang mahluk misteri bernama Kayaba Akihiko muncul dalam bentuk hologram dan memberitahu pemain bahawa mereka mesti mengalahkan kesemua ketua (bos) di setiap aras sehingga aras ke-100 Aincrad sebuah istana keluli dalam dunia maya SAO, jika seseorang mahu bebas dari dunia maya. Seseorang yang mati dalam permainan mengakibatkan NerveGear menghasilkan gelombang yang berbahaya kepada otak yang akan menyebabkan kematian dalam dunia realiti.

Salah seorang pemain, Kazuto Kirigaya atau dikenali sebagai Kirito, ialah seorang daripada 1,000 penguji dalam program beta tertutup permainan tersebut. Dengan kelebihan pengalaman permainan VR sebelumnya, dia berazam melindungi pemain beta lain daripada diskriminasi, beliau mengasingkan diri daripada kumpulan yang lebih besar dan bermain secara seorang diri sambil memakai gelaran "penewas", "penguji beta" dan "penipu". Kirito berjumpa seorang gadis bernama Yuuki Asuna. Mereka berjuang bersama-sama untuk mengalahkan ketua di aras ke-100. Kayaba ialah punca menyebabkan pemain terperangkap dalam SAO, Kirito mengalahkannya dan akhirnya hampir semua pemain membebaskan diri dari dunia maya.

Selepas kes SAO, seramai 300 pemain SAO termasuk Asuna masih terperangkap dalam dunia maya. Apabila Kirito pergi ke hospital untuk melawat Asuna, dia bertemu bapa Asuna, Yuuki Shouzou yang ditanya oleh rakan sekerjanya, Sugou Nobuyuki, yang kemudiannya mendedahkan mengenai rancangannya untuk berkahwin dengan Asuna, lantas membangkitkan kemarahan Kirito. Beberapa bulan kemudian, Agil memberitahu berita mengenai salah seorang pemain SAO yang masih hidup dalam dunia maya VRMMORPG dipanggil Alfheim Online (ALO), dia mengesan Asuna berada atas sebatang pokok gergasi "Yggdrasil". Dengan bantuan sepupunya, Suguha Kirigaya, dikenali sebagai Leafa, dan Yui, pari-pari kerdil (asalnya AI daripada SAO), dia mendapati bahawa pemain SAO terperangkap dalam ALO oleh Sugou dengan tujuan untuk melaksanakan uji kaji secara haram, menjual hasil untuk mendapat keuntungan dan mengambil alih syarikat keluarga Asuna. Akhirnya Kirito menyelamatkan semua pemain SAO dan menggagalkan rancangan Sugou. Sebelum meninggalkan ALO, Kayaba, yang telah memuat naik mindanya ke internet melalui versi NerveGear berkuasa tinggi yang bersifat eksperimental dan pemusnah sehingga meragut nyawanya, muncul di hadapan Kirito dan mengamanahkannya dengan "The Seed" - program pakej sumber terbuka yang direka untuk mewujudkan kembali dunia-dunia maya. Kirito akhirnya disatukan semula dengan Asuna di dunia sebenar lalu The Seed dilancarkan ke internet, menghidupkan kembali industri VRMMORPG.

Pada tahun 2025, pihak pegawai kerajaan menyiasat kejadian aneh di VR, justeru Kirito bekerja secara sambilan untuk menyiasat beberapa siri pembunuhan yang melibatkan VRMMORPG yang berlainan dipanggil Gun Gale Online (GGO), menggunakan AmuSphere (menggantikan NerveGear). Seorang pemain misteri dikenali sebagai Death Gun muncul bertujuan membunuh pemain GGO yang berprofil tinggi dalam kejohanan Bullet of Bullets (BoB). Kirito dibantu oleh pemain wanita yang bernama Asada Shino yang dikenali sebagai "Sinon"; dia mengambil bahagian dalam kejohanan BoB dan Kirito mengenal pasti kebenaran di sebalik pembunuhan, yang juga salah seorang mangsa yang terperangkap dalam SAO. Melalui usaha Kirito dan Sinon, dua suspek ditangkap, tetapi malangnya suspek ketiga Johnny Black berjaya melepaskan diri.

Kirito menjadi bahan ujian eksperimen mesin FullDive bernama Soul Translator (STL), yang mempunyai antara muka yang jauh lebih realistik dan kompleks daripada mesin sebelumnya yang telah dijadi baham ujikaji membangunkan kecerdasan buatan oleh Kementerian Pertahanan (MOD) yang dinamakan A.L.I.C.E. Kirito menguji STL dengan memasuki dunia maya yang dicipta dengan "The Seed", bernama UnderWorld (UW). Dalam UW, aliran masa berlalu seribu kali lebih cepat daripada di dunia sebenar, dan kenangan Kirito tentang apa yang berlaku di dalam adalah terbatas. Walau bagaimanapun, Black mencederakan Kirito dengan suksamethonium klorida. MOD memulihkan semula Kirito dan meletakkannya kembali melalui STL untuk memelihara fikirannya manakala percubaan dilakukan untuk menyelamatkannya.

Jenis permainan maya

Sword Art Online

Sword Art Online (ソードアート・オンライン, Sōdo Āto Onrain, Seni Pedang Dalam Talian) (SAO) merupakan permainan maya bertemakan abad pertengahan. Dalam permainan ini juga pemain boleh bermain dalam sebuah istana besar digelar Aincrad yang mempunyai 100 tingkat. Sesetengah pemain mempunyai kebolehan "Kemahiran Pedang (Sword Skills)" untuk bertempur dengan pelbagai musuh.

ALfheim Online

ALfheim Online (アルヴヘイム · オンライン, Aruvuheimu Onrain, ALfheim Dalam Talian) (ALO) merupakan permainan maya bertemakan pari-pari. Dalam permainan ini, pemain mempunyai sayap untuk terbang. ALO merupakan kawasan sangat luas dan di tengah ALO terdapat pokok yang sangat besar bernama Pokok Dunia (世界樹, Sekaiju) yang juga digelar Yggdrasil (イグドラシル, Igudorshiru). Setiap pemain mempunyai salah satu kuasa elemen antaranya api, air, tanah, air, kegelapan dan cahaya. Sesetengah orang yang pernah bermain permainan VR lain mempunyai kebolehan "Kemahiran Pedang Asal (Original Sword Skills)".

Dalam ALO terdapat pelbagai kaum. Antaranya ialah:

  • Cait Sith (ケットシー, Ketto Shī) yang mempunyai berkemahiran penjinak haiwan dan mata yang sangat tajam. Juga mempunyai ekor dan telinga seperti kucing. Contoh watak iaitu Silica dan Sinon.
  • Gnome (ノーム, Nōmu) yang mempunyai kuasa elemen utama iaitu tanah berkemahiran melombong. Biasanya kaum Grime berwarna coklat dan merupakan kaum terbesar dalam ALO. Contoh watak iaitu Agil.
  • Imp (インプ, Inpu) yang berkemahiran melihat waktu malam dengan lebih jelas. Warna tema mereka ialah ungu. Contoh watak iaitu Yuuki.
  • Leprechaun (レプラコーン, Repurakōn) iaitu kaum tukang besi berkemahiran mencipta dan membaiki senjata serta menguasai elemen cahaya. Sayapnya berbentuk simbol mekanikal. Contoh watak iaitu Lisbeth.
  • Pooka (プーカ, Pūka) yang mahir dalam muzik dengan menggunakannya untuk bertujuan pengeliruan, serangan atau sokongan.
  • Salamander (サラマンダー, Saramandā) iaitu kaum yang mempunyai kelebihan dalam serangan di samping menguasai elemen api. Warna tema mereka ialah merah. Contoh watak iaitu Klein.
  • Spriggan (スプリガン, Supurigan) yang berkemahiran ilusi, dan mencari harta. Warna tema mereka ialah hitam. Contoh watak iaitu Kirito.
  • Sylph (シルフ, Shirufu) iaitu kaum paling pantas dari segi penerbangan dan serangan yang juga menguasai elemen angin. Warna tema mereka ialah hijau. Contoh watak iaitu Leafa.
  • Undine (ウンディーネ, Undīne) yang berkemahiran menyembuh seseorang, serangan pantas dan menguasai elemen air. Warna tema mereka ialah biru. Contoh watak iaitu Asuna.
  • Pixie Navigasi (ナビゲーション・ピクシー, Nabigēshon Pikushī) iaitu kaum pari-pari kerdil. Dalam permainan ini kaum ini hanya boleh didapati dengan membayar yuran tambahan ataupun memenangi cabutan bertuah.
  • ALFs iaitu pari-pari legenda (raja) yang tinggal di atas Pokok Dunia. Berkemahiran terbang tanpa batas, tetapi ramai pemain kecewa apabila dapat mengetahui bahawa kaum ini tidak wujud sama sekali.

Gun Gale Online

Gun Gale Online (ガンゲイル · オンライン, Gan Geiru Onrain, Badai Senapang Dalam Talian) (GGO) merupakan permainan maya bertemakan senjata api. Permainan ini sangat rumit. Pemainan ini juga mempunyai pedang tetapi tidak mendapat sambutan ramai kerana kebanyakan permain lebih gemar bermain melalui jarak yang jauh. Permainan ini menggunakan duit yang sebenar. Kejohanan utama permainan ini ialah Bullet of Bullets (BoB), iaitu sesiapa yang menjuarai kejohanan tersebut mendapat ganjaran yang lumayan.

Alicization

Project Alicization (プロジェクト・アリシゼーション, Purojekuto Arishizēshon, Projek Alicization) (PA) atau dikenali sebagai Underworld (アンダーワールド, Andāwārudo, Alam Ghaib) (UW) merupakan dunia maya yang dirahsiakan oleh pihak kerajaan yang diuruskan oleh syarikat misteri Rath. Aliran masa berlalu seribu kali lebih cepat daripada di dunia sebenar.

Ordinal Scale

Ordinal Scale (オーディナル・スケール, Ōdinaru Sukēru, Skala Ordinal) (OS) merupakan permainan VR di dunia realiti. Permainan ini yang menggunakan peralatan gajet Auguma yang mensimulasikan realiti semasa pemain masih sedar (realiti berperantara) telah diperkenalkan kepada orang ramai menggantikan sistem AmuSphere FullDive yang mana kebolehan pemain disenaraikan oleh nombor ordinal (menunjukkan kedudukan relatif).

Watak

  • Kazuto Kirigaya (桐ヶ谷 和人, Kirigaya Kazuto) juga dikenali sebagai Kirito (キリト)
  • Asuna Yuuki (結城 明日奈, Yūki Asuna) juga dikenali sebagai Asuna (アスナ)
  • Yui (ユイ)
  • Suguha Kirigaya (桐ヶ谷 直葉, Kirigaya Suguha) juga dikenali sebagai Leafa (リーファ)
  • Shino Asada (朝田 詩乃, Asada Shino) juga dikenali sebagai Sinon (シノン)
  • Ryoutarou Tsuboi (壷井 遼太郎, Tsuboi Ryōtarō) juga dikenali sebagai Klein (クライン)
  • Keiko Ayano (綾野 珪子, Ayano Keiko) juga dikenali sebagai Silica (シリカ)
  • Rika Shinozaki (篠崎 里香, Shinozaki Rika) juga dikenali sebagai Lisbeth (リズベット)
  • Andrew Gilbert Mills (アンドリュー・ギルバート・ミルズ, Andoryū Girubāto Miruzu) juga dikenali sebagai Agil (エギル)
  • Eugeo (ユージオ, Yūjio)
  • Alice Zuberg (アリス・ツーベルク, Arisu Tsūberuku) juga dikenali sebagai Alice (アリス)
  • Akihiko Kayaba (茅場晶彦, Kayaba Akihiko)

Media

Novel ringan

Reki Kawahara menulis jilid pertama pada tahun 2001 bagi menyertai sebuah pertandingan ASCII Media Works Dengeki Game Novel Prize (電撃ゲーム小説大賞, Dengeki Game Shōsetsu Taishō), tetapi menarik diri kerana beliau telah menulis melebihi had halaman sebanyak beberapa helai. Sebaliknya, beliau menerbitkan sebuah novel web dengan nama samaran Fumio Kunori, menambah tiga episod lagi dan beberapa cerita pendek.[2] Pada tahun 2008, beliau menyertai sebuah pertandingan dengan menulis sebuah karya bertajuk Accel World dan berjaya memenangi 'Grand Prize'. Selain Accel World, beliau diminta untuk membuatkan karya sebelumnya, iaitu Sword Art Online diterbitkan oleh ASCII Media Works. Kawahara bersetuju dan menarik versi novel webnya. Ketika bekerja dengan ilustrator, abec, jilid pertama diterbitkan di media cetak pada 10 April 2009,[3] dan sebanyak 19 buah jilid telah diterbitkan sehingga 10 Februari 2017.[1] Sword Art Online telah menerima kejayaan komersial yang meluas, lebih 19 juta salinan dijual di seluruh dunia. [4]

Anime

Adaptasi siri anime Sword Art Online telah diumumkan semasa Festival Dengeki Bunko musim luruh tahun 2011, bersama-sama dengan siri novel ringan yang lain, Accel World. Siri anime tersebut dihasilkan oleh Aniplex dan A-1 Pictures, dengan Tomohiko Ito sebagai pengarah cerita dan muzik digubah oleh Yuki Kajiura.[5] Siri anime ditayangkan di saluran Tokyo MX bermula pada 7 Julai sehingga 22 Disember 2012.[6]

Episod istimewa akhir tahun iaitu, Sword Art Online: Extra Edition ditayangkan pada 31 Disember 2013. Episod khas mengimbas semula siri anime sebelumnya dan beberapa babak rakaman yang tidak pernah disiarkan. [7]

Beberapa bulan selepas tayangan Sword Art Online: Extra Edition, musim kedua yang bertajuk Sword Art Online II diumumkan. Musim kedua ini mula ditayangkan pada 5 Julai sehingga 20 Disember 2014..[8][9]

Filem animasi pertama siri ini bertajuk Sword Art Online The Movie: Ordinal Scale dihasilkan oleh karya asal Reki Kawahara dan pengarah cerita Tomohiko Itō ditayangkan di Jepun dan Asia Tenggara pada 18 Februari 2017.[10][11][12]

Pada 1 Oktober 2017, semasa festival Dengeki Bunko di Tokyo pihak produksi menerusi laman sosial Twitter mengumumkan musim ketiga yang bertajuk "Sword Art Online: Alicization" dan cerita pendek "Sword Art Online Alternative - Gun Gale Online" bakal ditayangkan pada masa terdekat dan menghasilkan klip video promosi pertama.[13] Musim ketiga Sword Art Online mengekalkan pelakon suara pada musim yang lepas iaitu Yoshitsugu Matsuoka sebagai Kirito dan Haruka Tomatsu sebagai Asuna juga tambahan dua pelakon suara baru iaitu Nobunaga Shimazaki sebagai Eugeo dan Ai Kayano sebagai Alice juga melakonkan suara dalam permainan video Sword Art Online.

Muzik

Muzik telah diterbitkan berdasarkan lagu-lagu yang ditayangkan dalam siri ini.

Sword Art Online

Lagu pembukaan
  • crossing field dinyanyikan oleh LiSA (Episod 2-14)
  • INNOCENCE dinyanyikan oleh Eir Aoi (Episod 15-25)
Lagu penutup
  • Yume Sekai (ユメセカイ) dinyanyikan oleh Haruka Tomatsu (Asuna) (Episod 2-14)
  • Overfly dinyanyikan oleh Luna Haruna (Episod 15-24)

Sword Art Online: Extra Edition

Lagu penutup
  • Niji no Oto (虹の音) dinyanyikan oleh Eir Aoi

Sword Art Online II

Lagu pembukaan
  • IGNITE dinyanyikan oleh Eir Aoi (Episod 2-13, 14.5)
  • courage dinyanyikan oleh Haruka Tomatsu (Asuna) (Arca Calibur Episod 15-17; Arca Mother's Rosario Episod 18-23)
Lagu penutup
  • Startear dinyanyikan oleh Luna Haruna (Episod 2-14.5)
  • No More Time Machine dinyanyikan oleh LiSA (Arca Calibur Episod 15-17)
  • Shirushi (シルシ) dinyanyikan oleh LiSA (Arca Mother's Rosario Episod 18-24)
Sisipan lagu
  • Separate Ways (セパレイト・ウェイズ, Separeito Ueizu) oleh Haruka Tomatsu (Asuna) (Arca Mother's Rosario Episod 24)

Sword Art Online: Alicization

Lagu pembukaan
  • ADAMAS dinyanyikan oleh LiSA (Episod 2-kini)
Lagu penutup
  • Iris (アイリス) dinyanyikan oleh Eir Aoi (Episod 2-kini)

Permainan video

Sebuah acara panggung di Dengeki Bunko Autumn Festival 2011 mengumumkan bahawa novel ringan Sword Art Online dan Accel World karya Reki Kawahara bakal mendapat adaptasi permainan video sulungnya.[14] Adaptasi pertama siri Sword Art Online bertajuk Sword Art Online: Infinity Moment (ソードアート・オンライン -インフィニティ・モーメント-, Sōdo Āto Onrain: Infiniti Mōmento, Seni Pedang Dalam Talian: Detik Infiniti), telah dibangunkan oleh Bandai Namco Games untuk pelantar PlayStation Portable.[15] Permainan berikut mengikut jalan cerita alternatif, di mana berlaku gangguan yang menyebabkan Kirito dan pemain lain untuk kekal dalam Sword Art Online walaupun berjaya menewaskan Heathcliff, dan pemain daripada VMMORPG lain seperti Leafa dan Sinon telah disedut ke dalam permainan itu secara tiba-tiba.[16] Permainan ini telah dikeluarkan dalam kedua-dua set kotak edisi biasa dan terhad pada 14 Mac 2013.[17]

Permainan video keduanya bertajuk Sword Art Online: Hollow Fragment (ソードアート・オンライン -ホロウ・フラグメント-, Sōdo Āto Onrain: Horō Furagumento, Seni Pedang Dalam Talian: Pecahan Berongga) untuk pelantar permainan PlayStation Vita dikeluarkan pada 24 April 2014.[18][19] Sword Art Online: Hollow Fragment menggunakan jalan cerita alternatif yang sama seperti Sword Art Online: Moment Infinity, dan ia termasuk semua kandungan "Clearing Floor" daripada permainan sebelumnya [20] dan "Kawasan Hollow" baru di Aincrad yang belum diterokai.[21] Kirito akan menggunakan pedang bersama pemain misteri yang akan menjadi satu daripada watak utama dalam permainan. Permainan tersebut telah dijual sebanyak 145,029 salinan runcit fizikal dalam tempoh seminggu selepas dikeluarkan di Jepun, mendahului carta perisian jualan Jepun untuk minggu tersebut.[22] Permainan ini juga telah dikeluarkan di Taiwan oleh Namco Bandai Games Taiwan dengan sarikata bahasa Cina dan Inggeris.[23] Keluaran digital sahaja di Amerika Utara, Eropah dan Australia telah dikeluarkan pada bulan Ogos 2014.

Permainan video ketiga yang bertajuk Sword Art Online: Lost Song (ソードアート・オンライン -ロスト・ソング-, Sōdo Āto Onrain -Rosuto Songu-) dikeluarkan pada 26 Mac 2015 dibangunkan oleh Artdink dan Bandai Namco Games untuk pelantar PlayStation 3 dan Vita. Versi bahasa Inggeris dikeluarkan di Asia. Pada bulan Oktober 2014, pembangun permainan mengumumkan bahawa permainan ini bahawa permainan ini ialah RPG tindakan dunia terbuka yang menampilkan jalan cerita asal, dalam permainan maya ALfheim Online, di mana watak-watak mampu terbang. Permainan ini telah dijual sebanyak 139,298 salinan runcit fizikal untuk PlayStation Vita dan sebanyak 55,090 unit lagi untuk PlayStation 3 dalam minggu pertama keluaran di Jepun, kedudukan tempat kedua dan keenam masing-masing dalam carta jualan perisian Jepun untuk minggu tersebut.

Permainan video keempat bertajuk Sword Art Online: Hollow Realization (ソードアート・オンライン -ホロウ・リアリゼーション-, Sōdoāto Onrain - Horō Riarizēshon -) dikeluarkan di Jepun pada 27 Oktober 2016 untuk pelantar PlayStation 4 dan Vita.

Permainan rangkaian sosial bertajuk Sword Art Online: End World dikeluarkan untuk telefon bimbit dan telefon pintar di Jepun pada 28 Februari 2012. Sebanyak sejuta orang pengguna telah mendaftarkan diri. Permainan video freemium Android dan iOS pertama iaitu Sword Art Online: Code Register telah dikeluarkan pada 2014. Satu lagi permainan yang dipanggil Sword Art Online: Progress Link direka untuk pelantar permainan pelayar Mobage pada telefon pintar telah dikeluarkan pada 10 Februari 2015.

Kirito, Asuna, Leafa, Yuuki dan protagonis SAO Alternative: Gun Gale Online, LLENN didapati dalam Dengeki Bunko: Fighting Climax, sebuah permainan pertempuran oleh Sega yang menampilkan pelbagai watak daripada karya yang diterbitkan di bawah cetakan Dengeki Bunko. Sebuah permainan pelayar bertajuk Sword Art Quest dan permainan telefon pintar sekuelnya, Sword Art Quest II memberikan cabaran kepada pengguna untuk menaik taraf watak-watak mereka untuk menerima ganjaran. Terdapat juga permainan Android berbayar bertajuk SAO -Log Out- yang boleh dimuat turun pengguna untuk bermain dengan watak-watak daripada siri ini dan mendapatkan kertas hias dinding daripadanya.

Permainan video Sword Art Online: Memory Defrag telah dikeluarkan di Jepun pada Ogos 2016 dan di luar Jepun pada 24 Januari 2017. Permainan RPG ini tersedia pada peranti iOS dan Android. Permainan ini juga memuat naik perkembangan terkini siri anime dan filem siri ini. Menampilkan kandungan dari siri anime, filem Ordinal Scale, dan beberapa acara cerita pendek asal yang ditulis untuk watak-watak, pemain boleh bermain secara solo dan melengkapkan semua cerita, atau bergabung dengan rakan-rakan lain dalam talian untuk mengumpul barang, peralatan dan bahan khas. Acara umum termasuk menduduki peringkat cabaran terhadap pemain lain, selesaikan semua tingkat, pengenalan watak dan acara bermusim. Pemain mempunyai pilihan untuk menggunakan wang sebenar untuk mempercepat kemajuan permainan.

Sebuah permainan dalam talian berbilang pemain realiti maya secara besar-besaran adalah dalam pembangunan oleh Kadokawa dan IBM Jepun, tetapi hanyalah sebuah demo dan tidak akan dikeluarkan sebagai permainan penuh. Permainan bertajuk Accel World VS Sword Art Online: Millennium Twilight mula diumumkan pada Oktober 2016, dikeluarkan pada Mac 2017 untuk pelantar PlayStation 4 dan Vita dan versi komputer dikeluarkan pada 17 September 2017 boleh muat turun melalui laman web Steam melalui bayaran yang ditetapkan [24].

Permainan video akan datang yang bertajuk Sword Art Online: Fatal Bullet (ソードアート・オンライン -フェイタル・バレット-, Sōdoāto Onrain - Feitaru Baretto -) bertemakan Gun Gale Online akan dikeluarkan pada 2018 dibangunkan oleh Bandai Namco Entertainment untuk pelantar PlayStation 4, Xbox One dan komputer Windows.

Rujukan

  1. ^ a b ソードアート・オンライン19 ムーン・クレイドル (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 2016-12-10.
  2. ^ Fumio Kunori (Reki Kawahara). "web novel". WordGear (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 2012-07-07.
  3. ^ ソードアート・オンライン〈1〉アインクラッド (電撃文庫) (dalam bahasa Jepun). Amazon.co.jp. ISBN 4048677608. ASIN 4048677608.
  4. ^ Goldberg, Lesley (2 Ogos 2016). "Japanese Novel and Anime Franchise Sword Art Online Being Adapted as Live-Action TV Series". The Hollywood Reporter. Dicapai pada 2 Ogos 2016.
  5. ^ "Madoka Magica & .hacks Kajiura Scores Sword Art Online". Anime News Network. 2011-03-31. Dicapai pada 2012-06-19.
  6. ^ "Sword Art Online official air dates" (dalam bahasa Japanese). Dicapai pada 2012-06-19.CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^ "Sword Art Online Extra Edition to Air With New Footage". Anime News Network. 2013-08-12. Dicapai pada 2013-09-28.
  8. ^ "Anime Expo to Host Sword Art Online II Premiere Event with Reki Kawahara, abec". Anime News Network. May 17, 2014. Dicapai pada May 17, 2014.
  9. ^ "VIDEO: "Sword Art Online II" Anime Activated". Crunchyroll. December 31, 2013. Dicapai pada December 31, 2013.
  10. ^ "Sword Art Online Anime Film Project Revealed". Anime News Network. 4 Oktober 2015. Dicapai pada 4 Oktober 2015.
  11. ^ "Sword Art Online Ordinal Scale Film to Open in 2017". Anime News Network. 13 Mac 2016. Dicapai pada 12 Mac 2016.
  12. ^ "Sword Art Online Movie's February 18 Date Confirmed in Japan". Anime News Network. 2 Oktober 2016. Dicapai pada 2 Oktober 2016.
  13. ^ "Sword Art Online Alicization" Announced As Newest Sword Art Online TV Anime" (dalam bahasa Inggeris). Crunchyroll. 1 Oktober 2017. Dicapai pada 1 Oktober 2017.
  14. ^ "Accel World, Sword Art Online Light Novels Get Games". Anime News Network. 2011-10-02. Dicapai pada 2011-10-02.
  15. ^ Ishaan (2013-03-20). "This Week In Sales: Kingdom Hearts HD Falls To Sword Art Online". Siliconera. Dicapai pada 2013-03-24.
  16. ^ "Infinity Moment Takes Everything You Know About Sword Art Online, and Turns It on Its Head". Kotaku. 2013-04-02. Dicapai pada 2013-07-27.
  17. ^ "Sword Art Online Game to Have 3D Date Movie DVD". Anime News Network. 2012-10-26. Dicapai pada 2012-10-27.
  18. ^ "Sword Art Online: Hollow Fragment – Hold Hands With A Heroine And Other Tidbits". Siliconera. 8 Oktober 2013. Dicapai pada 3 April 2014.
  19. ^ "Sword Art Online: Hollow Fragment". Bandai Namco Games. Dicapai pada 2014-04-02.
  20. ^ "Sword Art Online: Hollow Fragment Includes An HD Version Of Sword Art Online: Infinity Moment". Siliconera. 1 Mei 2014. Dicapai pada 1 Mei 2014.
  21. ^ "Sword Art Online: Hollow Fragment announced for PS Vita". Gematsu. 2013-10-06. Dicapai pada 2014-04-02.
  22. ^ "Media Create Sales: 4/21/14 – 4/27/14". Gematsu. 30 April 2014. Dicapai pada 30 April 2014.
  23. ^ "Sword Art Online: Hollow Fragment will have English and Traditional Chinese subtitles in Taiwan". Gematsu. 2014-03-22. Dicapai pada 2014-04-02.
  24. ^ Laman web Steam: Accel World VS Sword Art Online: Millennium Twilight

Pautan luar

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!