Sungai Nil (Arab: نهر النيلcode: ar is deprecated ,; Bahasa Mesir Kunoiteru; bahasa Qibti ⲫⲓⲁⲣⲟ piaro atau phiaro, bahasa Nobiin: Áman Dawū[1]) ialah sebatang sungai utama yang mengalir ke utara di benua Afrika; ia sungai terpanjang benua tersebut. Sungai Nil umumnya pernah dianggap sebagai sungai yang terpanjang di dunia[2][3] namun kajian terbaharu lebih menyatakan sungai Amazon mempunyai tambahan jarak yang sedikit lebih.[4][5]
Sungai Nil mempunyai dua cawangan yang utama, iaitu Sungai Nil Biru dan Sungai Nil Putih. Sungai Nil Biru ialah punca untuk kebanyakan air dan tanah subur Sungai Nil, tetapi Sungai Nil Putih ialah cawang yang lebih panjang antara kedua-dua cawang ini. Sungai Nil Putih berpuncakan kawasan tasik-tasik besar di Afrika Tengah, dengan titik punca terpencilnya di Rwanda Selatan (2°16′55.92″S,29°19′52.32″T,) dan mengalir ke utara merentasi Tanzania, Tasik Victoria, Uganda, dan bahagian selatan Sudan, manakala Sungai Nil Biru berpunca di Tasik Tana, Habsyah, dan mengalir masuk ke Sudan dari tenggara. Kedua-dua cawang ini bertemu berhampiran dengan Khartoum, ibu negara Sudan.
Bahagian utara Sungai Nil mengalir hampir pada keseluruhannya merentasi gurun, dari Sudan masuk ke Mesir, sebuah negara yang tamadunnya bergantung kepada sungai ini sejak dari zaman purba lagi. Kebanyakan penduduk Mesir dan kesemua kotanya, kecuali kota-kota yang terletak berhampiran dengan pantai, terletak di sepanjang lembah Nil di utara Aswan; hampir semua tapak kebudayaan dan sejarahMesir Kuno terletak di sepanjang tebing sungai ini.
Perkataan "Nil" (bahasa Arab: 'nīl) datangnya daripada perkataan Greek, Neilos (Νειλος), yang membawa pengertian "lembah sungai". Dalam bahasa Mesir kuno, Sungai Nil dipanggil iteru yang bermaksud "sungai besar", dan dilambangkan dengan hieroglif yang ditunjukkan di kanan (secara harfiahnya, itrw). [6] Dalam bahasa Kubti, perkataan piaro (Sahidik) atau phiaro (Bohairik) yang bermaksud "sungai" (secara harfiahnya, p(h).iar-o bermaksud "terusan agung") datangnya daripada nama purba yang sama.
^Reinisch, Leo (1879). Die Nuba-Sprache. Grammatik und Texte. Nubisch-Deutsches und Deutsch-Nubisches Wörterbuch Erster Theil. Zweiter Theil. m/s. 220.