Sungai Ensurai (Jawi: سوڠاي انسورايcode: ms is deprecated ) ialah sebatang sungai di Daerah Selangau, dalam negeri Sarawak, Malaysia. Sungai ini terletak di dalam zon pentadbiran Bahagian Sibu dan juga merupakan cabang sungai kepada Sungai Selangau.[2][5] Ia terletak kira-kira 1,200 kilometer (745.6 bt) ke arah timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.
Sejarah
Sungei Ensurai merupakan ejaan lapuk bahasa Melayu bagi sungai ini iaitu Sungai Ensurai yang digunakan sebelum tahun 1972.[1][5] Nama sungai ini pertama kali dipaparkan dalam peta terbitan Directorate of Overseas Surveys Great Britain dan Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (kini dikenali sebagai Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia) iaitu, Sarawak & Sabah 1:50,000 siri T735 yang diterbitkan pada tahun 1960-an.[3] Sungai Ensurai dimasukkan ke dalam pangkatan data geografi GeoNames pada 10 Februari 1994, dengan pengenal pasti dalam GeoNames iaitu 1775456.[5]
Bentuk fizikal
Sungai Ensurai berpunca di kawasan perhutanan sekunder yang berbukit di dalam Hutan Simpan Selangau di Daerah Selangau, Sarawak. Punca bagi Sungai Ensurai terletak di Bukit Sinang, kira-kira 1.2 kilometer ke arah selatan dari Rumah Antalai. Sungai ini mengalir ke arah timur laut kemudian membengkok ke barat laut dengan beberapa meter sebelum kembali ke arah timur laut semula untuk mendekati muaranya di Sungai Selangau. Sungai ini akan bercamtum dengan Sungai Selangau, iaitu anak sungai kepada Batang Mukah sebagai penamat Sungai Ensurai. Muara bagi Sungai Ensurai terletak 720 meter ke arah tenggara Rumah Antalai, Daerah Selangau.[1][2]
Sungai Ensurai mengalir sepanjang kira-kira 0.78 kilometer (0.5 bt) daripada hulu sungai sehingga hilir sungainya. Punca bagi Sungai Ensurai terletak di ketinggian di antara 40 dan 50 meter (131.2 dan 164.0 ka) dari atas paras laut tidak jauh daripada puncak bagi Bukit Sinang manakala muara sungai bagi Sungai Ensurai pula terletak di ketinggian di antara 20 dan 30 meter (65.6 dan 98.4 ka) dari atas paras laut.[1][2]
Sungai Engkasan, anak sungai Sungai Selangau berikutnya menuju ke hilir sungai
Sungai Sakup, anak sungai Sungai Selangau berikutnya menuju ke hulu sungai
Rujukan
^ abcdefBruno Manser Fund. "Sarawak Geoportal". bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Februari 2023.
^ abcdefgMalaysia (Sabah dan Sarawak) Topographic Map (Peta). 1:50,000. DNMM5201. Pengarah Pemetaan Negara Malaysia; Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. 1992–2010.
^ abcdSarawak & Sabah 1:50,000 (Peta). 1:50,000. T735. Directorate of Overseas Surveys Great Britain; Direktorat Pemetaan Negara Malaysia. 1960-an. Check date values in: |date= (bantuan)
^ ab"Hydrology Stations At Mukah Basin" [Stesen Hidrologi di Kawasan Tadahan Hujan Mukah]. did.sarawak.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuching, Sarawak: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak. 17 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2021. Dicapai pada 20 Februari 2023.