Sultan Yusuf Sharifuddin Mudzaffar Shah

Sultan Yusuf Sharifuddin Muzaffar Shah
Yussuf Sultan Perak ke XX VII
Sultan Perak
Pemerintahan 11 Mei 1886 - 26 Julai 1887
Pendahulu Sultan Abdullah Muhammad Shah II ibni Sultan Ja’afar Safiuddin Mu’azzam Shah
Pengganti Sultan Idris Murshidul Azzam Shah
Raja Muda Raja Idris Shah ibni Raja Bendahara Alang Iskandar]]
Pasangan Toh Puan Besar Raja Fatimah binti Toh Besar Indira Bongsu
Anakanda
Raja Mansur
Raja Muhammad Azzam
Raja Pendawa
Raja Djhohharr (Raja Kecil Tengah Perak)
Raja Nultih Aishah (Raja Perempuan Perak)
Nama penuh
Sultan Yusuf Sharifuddin Muzaffar Shah ibni Sultan Abdullah Muhammad Shah I
Tempat persemayaman -
Ayahanda Sultan Abdullah Muhammad Shah I ibni Raja Kechil Bongsu Abdul Rahman
Bonda Raja Ngah Aminah binti Raja Alang Radin
Keputeraan -
-
Kemangkatan 26 Julai 1887
Sayong, Kuala Kangsar, Perak, Malaya British, Empayar British
Dimakamkan -
Masjid Sayong Tengah, Kuala Kangsar, Perak, Malaya British
Agama Islam
Raja Lop Yusuf
-
Yussuf
Raja Muda Perak -
Pemerintahan30 Mac 1877 – 11 Mei 1886
Kemahkotaan-
Didahului olehRaja Abdullah
Diikuti olehRaja Idris Shah
Pemangku raja-
Raja Bendahara Perak -
Kemahkotaan-
Didahului olehRaja Abdullah
Diikuti olehRaja Idris Shah
Raja Di-Hilir Perak -
Pemerintahan30 Mac 18 – 11 Mei 18
Kemahkotaan-
Didahului olehRaja Abdullah
Diikuti olehRaja Idris Shah
Raja Kecil Besar Perak
Pemerintahan30 Mac 1877 – 11 Mei 1886
Kemahkotaan-
Didahului olehRaja Abdullah ibni Almarhum Sultan Ja’afar Safiuddin Mu’azzam Shah
Diikuti olehRaja Idris ibni Almarhum Raja Bendahara Alang Iskandar I
Raja Kecil Sulong Perak
Pemerintahan-
Kemahkotaan-
Didahului olehRaja Abdullah
Diikuti olehRaja Idris Shah i ibni Almarhum Raja Bendahara Alang Iskhandar Shah I
Raja Kecil Tengah Perak
Pemerintahan30 Mac
Kemahkotaan-
Didahului olehRaja Abdullah II ibni Almarhum Sultan Ja’afar Safiuddin al-Mu’azzam Shah I
Diikuti olehRaja Hajji Sir idris Shah I Ibni Almarhum Raja Bendahara Hajji Sir Alang Iskandar Shah I
Nama penuh
-
Nama diraja
-
Nama selepas mangkat
Mahum gharifullah
Kerabat-
Wangsa-

Sultan Yusuf Sharifuddin Muzaffar Shah Ibni Almarhum Sultan Abdullah Muhammad Shah I telah dilantik menjadi Sultan Perak yang ke-27 bagi menggantikan Sultan Abdullah Muhammad Shah II dari tahun 1874 ke 1877.

Baginda adalah putera Almarhum Sultan Abdullah Muhammad Shah I (Sultan Perak ke-22).

Semasa Sultan Jaafar Safiuddin Muazzam Shah mangkat pada tahun 1865, dan juga semasa Sultan Ali Al-Mukammal Inayat Shah mangkat, baginda telah tidak dipilih menjadi Raja Bendahara walaupun baginda layak dan berhak.

Ini disebabkan ramai Raja-raja dan orang besar-besar Perak tidak sukakan baginda.

Apabila Raja Muda Raja Abdullah dipilih menjadi Sultan Perak yang ke-26, baginda telah diangkat menjadi Raja Muda supaya dapat menguatkan kedudukannya, dan pada masa itu baginda bersemayam di Senggang.

Pembunuhan Birch

Pada tahun 1877, Sultan Abdullah Muhammad Shah II telah berangkat ke Singapura kerana dipanggil oleh Kerajaan British berhubung dengan penyiasatan pembunuhan J.W.W. Birch di Pasir Salak, baginda telah dijadikan Pemangku Raja bagi Negeri Perak dan baginda berpindah ke Sayong.

Pada tahun 1877, Raja Idris Shah I ibni Almarhum Raja Bendahara Alang Iskandar dibenarkan berangkat pulang ke Perak dari Singapura untuk membantu mertuanya, Pemangku Raja Raja Yusuf, untuk memerintah Negeri Perak. Raja Idris pula diangkat menjadi Raja Bendahara Perak.

Berikutan dengan itu, sebuah Majlis Mesyuarat Negeri (atau lebih dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai 'Perak State Council') yang ahli-ahlinya terdiri daripada Raja Yusuf (Pemangku Raja) sebagai Yang Dipertua, Hugh Low (Residen British), Raja Idris (Raja Bendahara), Temenggung, Che Karim (orang besar dari Selama), Kapitan Chung Keng Kwee (Ketua Kumpulan Cina Ho Kuan atau Hai San) dan Kapitan Chin Ah Yam (Ketua Kumpulan Cina Si Kuan atau Ghi Hin) telah ditubuhkan. Persidangan pertama Majlis tersebut telah diadakan di Kuala Kangsar pada 10 September 1877 bagi merundingkan dasar-dasar kerajaan Negeri Perak.

Dalam masa baginda berjawat sebagai Pemangku Raja, banyak lombong bijih timah telah dibuka di daerah Kinta. Orang Cina telah datang beramai-ramai ke daerah Kinta untuk bekerja di lombong-lombong bijih timah. Demikian pula, orang-orang rumpun bangsa Melayu dari Sumatera, Jawa dan Kalimantan datang ke Perak untuk mencari kerja di lombong-lombong. Pada bulan Jun 1885, jalan keretapi yang pertama di Tanah Melayu dari Taiping ke Port Weld (sekarang dikenali Kuala Sebatang) telah dibina dan beroperasi. Seperti yang telah dinyatakan di atas, pada 7 Oktober 1886, baginda telah ditabalkan sebagai Sultan Perak dan bersemayam di Sayong Tebing. Pada masa yang sama, Raja Bendahara Raja Idris pula diangkat menjadi Raja Muda Perak.

Mangkat

Sultan Yusuf Sharifuddin Muzaffar Shah memerintah Negeri Perak cuma selama sepuluh bulan sahaja, dan mangkat pada 26 Julai 1887 di Sayong. Almarhum bergelar Marhum Ghafirullah. Makam Almarhum yang asal terletaknya di Sayong Tebing tetapi telah dipindahkan ke kawasan Masjid Sayong Tengah.

Sultan Yusuf Sharifuddin Mudzaffar Shah
Tarikh kemangkatan: 26 Julai 1887
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Sultan Abdullah Muhammad Shah II
Sultan Perak
1886-1887
Diikuti oleh:
Sultan Idris Murshidul Azzam Shah

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!