Pemimpin penentang penjajah British abad ke-19 dan ke-20 di negeri-negeri Tanah Melayu |
---|
|
Sultan Abdullah Muhammad Shah II ibni al-Marhum Sultan Ja’afar Safiuddin Mu’azzam Shah Waliullah (21 September 1842 − 22 Disember 1922) ialah Sultan Perak yang 26.
Baginda memerintah pada 20 Januari 1874 hingga 30 Mac 1877.
Raja Abdullah diangkat sebagai Raja Di-Hilir Perak dan istana baginda terletak di Teluk Intan.
Kemudian baginda dilantik sebagai Raja Muda Perak pada tahun 1865.
Kerabat
Baginda bernikah dengan Raja Perempuan Tipah binti Almarhum Sultan Shahabuddin Ri'ayat Shah dan kemudiannya bercerai. Baginda mempunyai sepuluh orang putera dan tiga orang puteri:
- Raja Ngah Mansur
- Raja Sir Chulan
- Raja Sulaiman
- Raja Abdul Malik
- Raja Nuteh Fatimah
- Raja Mariam Maheran
- Raja Saleha
- Raja Abdul Hamid
- Raja Said Tauphy
- Raja Abdul Rahman
- Raja Ahmad Tajuddin
- Raja Chik Jaafar
- Raja Khairul Kamariah
Perang Perak
Baginda diangkat menjadi Sultan Perak yang Ke-26 oleh pihak British setelah menandatangani Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874. Selepas perjanjian ini, baginda digelar Sultan Abdullah Muhammad Shah II. Baginda bersemayam di Batak Rabit.
Pulau Seychelles
Pada 1875, baginda dituduh terlibat dalam pembunuhan Residen British J.W.W. Birch dan dibuang negeri ke Seychelles pada 21 Julai 1876.
Mangkat
Baginda mangkat di Kuala Kangsar pada tanggal 22 Disember 1922 dan dimakamkan Makam Diraja Bukit Chandan, Kuala Kangsar bergelar Marhum Habibullah.
Keturunan
Keturunan Sultan Abdullah Muhammad Shah II
|
|
Lihat juga
Rujukan
[Kategori:Sultan Perak|Abdullah Muhammad Shah II]]