Sultan Ahmad al-Mu’azzam Shah ibni Almarhum Raja Bendahara Seri Maharaja Tun Wan Ali (23 Mei 1836 M [6 Safar 1252 H], Pulau Maulana, Pekan – 9 Mei 1914) merupakan Sultan Pahang moden pertama.
Sultan Ahmad al-Mu’azzam Shah merupakan putera yang kelima daripada sebelas saudara. Baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang moden ke-1 pada 16 Ogos 1881 dan secara rasmi dilantik sebagai Sultan Ahmad al-Mu’azzam Shah pada 25 September 1884. Baginda menuruni takhta kerana usia tua memihak kepada puteranya Sultan Mahmud Shah pada tahun 13 April 1909. Sultan Ahmad al-Mu’azzam Shah telah mangkat pada pukul 4:45 petang 9 Mei 1914, setelah memerintah selama lebih kurang dua puluh lima tahun. Baginda mangkat dengan meninggalkan beberapa orang isteri, putera dan puteri, dan telah dimakamkan di Makam Diraja di Kampung Marhum, Kuala Pahang pada 11 Mei 1914.
Rencana ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.