Sultan Abdul Majid Hasan (Jawi: سلطان عبدالمجيد حسن) merupakan salah seorang Sultan Brunei yang memerintah dari 1402 hingga 1408.
Walaupun tidak disebut langsung dalam Salasilah Raja-Raja Brunei, ada dicatatkan dalam riwayat China bahawa pada tahun 1406, baginda menghantar utusan ke China.
Orang Cina menyebut baginda dengan gelaran Ma-na-je-ka-na.
Pada tahun 1408, baginda berangkat ke China dan mangkat di sana ketika berusia 28 tahun.
Baginda meninggalkan seorang putera bernama Xiawang (遐旺, bererti Raja Kecil) yang berusia 4 tahun. Oleh kerana tidak tersenarai di dalam Salasilah Raja-Raja Brunei, maka Sultan Brunei ke 2 yang di dalam catatan sejarah Kerajaan Brunei pada masa itu ialah Sultan Ahmad, adinda Sultan Muhammad Shah.