Sukan Paralimpiad Malaysia 2008 merupakan sebuah temasya sukan yang telah diadakan di Kuala Lumpur dari 3 hingga 9 Mei 2008. Temasya ini merupakan temasya Sukan Paralimpiad Malaysia yang ke-14. Temasya ini telah dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Ismail Sabri Yaakob pada 9 Mei di Stadium Nasional Bukit Jalil.[1]
Setiap tempat pertandingan bagi temasya ini terletak di sekitar Lembah Klang, kecuali acara lumba layar yang diadakan di Port Dickson;[1]
Sebanyak 15 pasukan yang menyertai temasya ini melibatkan pasukan dari 13 negeri dan dua wilayah persekutuan. Kontinjen dari WP Putrajaya bertanding dalam kontinjen WP Kuala Lumpur.
Terdapat 14 sukan dipertandingkan dalam temasya ini;[1]
Sarawak telah dinobatkan sebagai kontinjen terbaik setelah meraih 227 pingat terdiri daripada 126 pingat emas, 61 pingat perak dan 40 pingat gangsa. Gelaran olahragawan dan olahragawati juga dinobatkan kepada atlet negeri Sarawak iaitu Mohd Zamry Sapiee dan Catherine Timbang Siang dalam sukan renang.[2]