Suara Hati adalah merupakan album mini hasil karya penyanyi pop Intan Sarafina yang diterbitkan pada tahun 2009. Ini merupakan album penutupan kariernya sebagai penyanyi rakaman sebelum berehat daripada industri seni muzik tanah air dan kemudian membuat kemunculan semula dengan menyertai satu lagi program realiti TV iaitu Gegar Vaganza musim ketiga pada 2016.