Stesen Sindorim ialah sebuah stesen di Laluan 1 (platform atas tanah) dan Laluan 2 (bawah tanah) Kereta Api Bawah Tanah Seoul. Ia juga merupakan terminal tenggara Laluan 2 Cabang Sinjeong ke Kkachisan (platform bawah tanah 3). Stesen ini terletak di pinggir utara Sindorim-dong, Guro-gu, Seoul, bersempadan dengan Yeongdeungpo-gu.
Stesen Sindorim direka terutamanya berfungsi sebagai stesen pertukaran Laluan 1 dan 2, tanpa keluar dari platform Laluan 1. Ia dikenali sebagai stesen pertukaran yang paling sesak bagi Kereta Api Bawah Tanah Seoul, terutama ketika waktu sibuk. Dianggarkan lebih 320,000 orang[3] penumpang menggunakan Stesen Sindorim dalam sehari untuk bertukar antara Laluan 1 dan 2. Pelan untuk memperluaskan bahagian Laluan 2 stesen, termasuk platform baru untuk laluan bulatan luar, kini direkabentuk. Pintu skrin telah ditambah ke platform bawah tanah. D-Cube City, sebuah pusat membeli-belah yang besar dengan banyak kedai dan restoran, terletak di sebelah stesen.
Semua tren Laluan 2 yang beroperasi ke stesen ini mengambil Cabang Sinjeong untuk diservis di Depott Servis Sinjeong, yang terletak bersebelahan Stesen Pejabat Yangcheon-gu.
Galeri
-
Papan Tanda Stesen (Laluan 2)
-
Papan Tanda Stesen (Laluan 2) (Cabang Sinjeong)
-
Papan Tanda Stesen (Laluan 1)
Rujukan
|
---|
|
|
---|
Laluan Bulatan | |
---|
Cabang Seongsu | |
---|
Cabang Sinjeong | |
---|
|
Templat:Gyeongbu Line
Koordinat: 37°30′33″N 126°53′28″E / 37.50917°N 126.89111°E / 37.50917; 126.89111