Stesen Dewan Bandar Raya ialah stesen di Kereta Api Bawah Tanah Metropolitan Seoul Laluan 1 (Laluan Biru) dan 2 (Laluan Hijau). Seperti namanya, Dewan Bandar Raya Seoul terletak betul-betul di sebelah stesen. Deoksugung, sebuah istana bersejarah dinasti Joseon, terletak di seberang jalan raya bernama Taepyeongno.
Tempat-tempat lain
Muzium Seni Seoul juga terletak berhampiran. Muzium ini telah menganjurkan banyak pameran khas, termasuk karya-karya van Gogh, Monet, dan René Magritte. Pejabat-pejabat utama tiga akhbar harian, The Chosun Ilbo, The Dong-a Ilbo dan Kyunghyang Shinmun, terletak berhampiran dewan bandar raya tersebut. Hotel Plaza Seoul pula terletak di seberang dewan bandar raya.
Rujukan
Pautan luar
|
---|
|
|
---|
Laluan Bulatan | |
---|
Cabang Seongsu | |
---|
Cabang Sinjeong | |
---|
|