Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan (PSSGM Kebangsaan)[1] adalah sebuah pertubuhan yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negara Malaysia (Registrar of Society-ROS) [2] dengan nombor pendaftaran PPM-002-10-27052013[3]. PSSGM Kebangsaan merupakan salah satu dari badan pendiri (pengasas) untuk Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA)[4]. Badan-badan Pendiri PESAKA adalah seperti berikut:[5]
Di antara objektif penubuhan PESAKA MALAYSIA pada 24 September 1983 adalah seperti berikut:
[Sumber dipetik dari Laman Facebook PESAKA MALAYSIA https://www.facebook.com/permalink.php/?story_fbid=181788253227532&id=118236746249350]
Silat yang berada di peringkat negeri menjadi anggota PESAKA Negeri. Kerana di Malaysia ada banyak aliran perguruan Silat yang memiliki badan induk di Nusantara, maka PESAKA Malaysia dengan rasmi diakui sebagai anggota pendiri Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (PERSILAT) yang ditubuhkan pada 11 Mac 1980 di Jakarta Indonesia. [9]Di peringkat antarabangsa, PESAKA Malaysia merupakan salah satu dari 4 badan sebuah badan pendiri bagi Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (PERSILAT) selain daripada IPSI[10], PERSIB [11] dan PERSISI (Singapura) [12]
PSSG Sarawak merupakan badan gabungan untuk Silat Seni Gayong Malaysia di bumi Kenyalang. Selain di Sarawak, pertubuhan ini juga mempunyai cawangan-cawangan di seluruh negeri di Malaysia. Malahan, Silat Seni Gayong Malaysia juga telah melebarkan sayapnya sehingga ke Australia, Tunisia, Kuwait, Yaman, Amerika Syarikat, Belanda, Perancis, United Kingdom, Sepanyol dan beberapa gelanggang di negara - negara lain. Bersifat domestik dan serantau, bercirikan kebudayaan tradisional masyarakat Melayu, merupakan elemen yang terkuat yang ada di dalam Silat Gayong yang membolehkan ianya di pelajari sama ada kanak-kanak mahupun dewasa. Keahlian PSSGM Kebangsaan adalah seramai 300, 000 orang di seluruh Malaysia dengan di Sarawak, seramai lebih dari 5000 orang ahli yang berdaftar. Statistik yang diperolehi bermula dari tahun penubuhannya, iaitu bermula dari tahun 2002 sehingga 2024, ahli yang sudah terdaftar adalah seramai 10,000 orang. Silat Seni Gayong telah berkembang pesat di negeri Sarawak selari dengan usia penubuhannya. Terdapat 8 bahagian yang mempunyai cawangan Silat Gayong iaitu, bahagian Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri.
Matlamat dan cita-cita Silat Seni Gayong adalah untuk menghidup dan mengembangkan ilmu persilatan warisan daripada pengasas dan penciptanya iaitu Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Md Hashim. Ianya juga bertujuan untuk membina sahsiah dan gaya kepimpinan melalui penerapan disiplin ilmu persilatan Melayu yang merupakan lambang kehebatan dan kemegahan bangsa Melayu pada zaman dahulu. Kaedah persilatan yang moden yang disemai di dalam pertubuhan ini, menyebabkan ianya menjadi pilihan buat remaja pada masa kini kerana tidak terikat kepada budaya jumud dan bersifat setempat serta khurafat.
Kaedah sains sukan diperkenalkan dengan selari dengan perkembangan sukan di dalam Silat Seni Gayong. Dikategorikan juga sebagai sukan dalam masa yang sama merupakan satu organisasi yang bersifat warisan kebudayaan malahan juga diangkat sebagai satu unit badan Uniform sekolah di dalam Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan & Kokurikulum (PAJSK) yang mesti diikuti untuk memastikan sahsiah diri pelajar dibentuk dengan disiplin dan tradisi budaya. Ianya menjadi pilihan untuk sekolah-sekolah kerana segalanya lengkap di dalam Silat Seni Gayong yang telah diatur oleh Cikgu Muhammad Khawar Hezazy di Negeri Sarawak.
Selain itu, Silat Gayong juga menekankan penghayatan akidah Islam di mana syariat Islam dijadikan panduan dalam membina modal insan yang mempunyai iman yang teguh dan mantap. Penerapan nilai-nilai murni menjadi tumpuan dalam setiap aktiviti dan latihan yang dijalankan oleh pihak pertubuhan. Oleh itu, pihak kami juga berpegang teguh kepada prinsip-prinsip perpaduan di dalam negara serta mewajibkan pelajar untuk mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.
Persatuan Silat sekolah wajib menyertakan Sijil Pendaftaran daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) atau daripada Pejabat Pesuruhjaya Sukan (Akta Pembangunan Sukan 1997, (APS) sebagai bukti untuk mengesahkan bahawa Persatuan tersebut adalah berdaftar dengan salah satu agensi ini. Ini termaktub di dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1992 [13], Kementerian Pendidikan Malaysia. Pada tahun 2024, Silat telah dimasukkan sebagai Sukan berdasarkan kepada pekeliling SPI KPM Bilangan 2/2024 [14]
Silibus SSG yang disusun dengan rapi dan sistem bengkung yang berperingkat-peringkat menjadi elemen yang menyebabkan Silat Seni Gayong boleh diterima sehingga ke peringkat antarabangsa. Setiap peringkat silibus akan diakhiri dengan ujian kenaikan bengkong dan akan diuji oleh gurulatih Silat Seni Gayong Malaysia yang bertauliah. Silibus Silat Gayong ini terbukti membina jati diri pesilat yang berdisiplin sama ada di arena tempatan malahan di arena antarabangsa. Ramai jaguh silat yang dilahirkan melalui sistem silibus Silat Gayong yang telah menyumbangkan kejayaan di peringkat antarabangsa di dalam Silat Olahraga. Selain itu, Silat Gayong juga telah membantu ramai pesilatnya untuk menyertai badan beruniform seperti Angkatan Tentera Malaysia, Polis Di Raja Malaysia dan agensi-agensi beruniform yang lain.
Sebagai penyambung wardah kepada kesinambungan warisan budaya bangsa, Silat Seni Gayong ingin menjadi satu organisasi yang akan menjadi model ikutan dalam bab-bab pengurusan organisasi yang berteraskan kepada seni budaya dan sukan di Sarawak khususnya. Sebab itu, perlu ditekankan kembali bahawa kehadiran Silat Seni Gayong di Sarawak bukanlah menjadi pesaing kepada silat-silat yang ada di Sarawak, SSG ini lebih kepada pembentukan sahsiah diri dan membantu perkembangan pelajar supaya terus mempertingkatkan akhlak dan sahsiah diri dengan disiplin yang telah diterapkan di dalam latihan dan juga pengurusan organisasi. Kita ingin melahirkan pesilat yang berjaya mengurus dan memimpin pertubuhan serta mampu membimbing diri dan masyarakat selari dengan kehendak syariat agama supaya tidak terjebak dengan kegiatan tidak bermoral. Pertubuhan ini juga berfokus kepada penyatuan bangsa-bangsa melalui persilatan.
Pengasas perguruan Silat Seni Gayong Malaysia adalah Almarhum Dato’ Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Md. Hashim, cucu kepada Daeng Kuning. Daeng Kuning atau lebih dikenali dengan gelaran Panglima Hitam adalah salah satu daripada lima adik-beradik anak raja Bugis yang mendarat di Tanah Melayu bagi mencari tempat untuk memulakan penghidupan baru. Tempat pendaratan mereka pada ketika itu disebut sebagai Pengkalan Aur yang mana kini lebih dikenali sebagai Air Kuning, Taiping. Baginda terus menetap di situ sementara yang lainnya meneruskan pengembaraan mereka. Daeng Kuning mangkat di Taiping dalam tahun 1875.
Dato’ Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Md. Hashim, waris keturunan Daeng Kuning telah dilahirkan di Taiping pada 17 Ogos 1915. Beliau mula mempelajari ilmu persilatan ketika berusia 12 tahun daripada datuknya, Syed Zainal Abidin Al-Attas. Syed Zainal atau Tuk Jenai pada ketika itu adalah seorang penghulu di Pekan merupakan seorang pendekar Pahang yang terkenal dengan perjuangannya menentang penjajahan Inggeris bersama-sama Allahyarham Mat Kilau, Dato’ Bahaman (orang Kaya Semantan) dan rakan-rakannya. Beliau telah berundur dan berkeluarga di Taiping hinggalah dikurniakan beberapa orang anak, diantaranya Syarifah Alauyah iaitu ibu kepada Dato’ Mahaguru Meor Abdul Rahman. Setelah ilmu persilatannya dikhatamkan, Dato’ Meor Abdul Rahman mula dikenali ramai. Ketika berumur 19 tahun, beliau telah dipanggil menunjukkan kebolehannya di hadapan Paduka Seri Sultan Perak, Almarhum Sultan Alang Iskandar di Istana Bukit Chandan dan diberi gelaran Panglima Sendo Perak (The Invincible Warrior of Perak) dan tinggal di istana buat beberapa ketika sehingga baginda mangkat pada tahun 1938.
Kehebatan Dato’ Meor Abdul Rahman dalam bidang persilatan turut menyerlahkan dirinya ketika berhijrah ke Singapura pada tahun 1938. Beliau merupakan anak Melayu pertama ditugaskan sebagai jurulatih seni mempertahankan diri kepada Signal Corps dibawah pemerintahan Lt. Kol Pope di Gullman Barrack, Singapura. Kerana tidak mahu dirinya dijajah, beliau berundur ke Pulau Sudong, 12 km dari Singapura dalam tahun 1941 apabila tentera Jepun menyerang Singapura. Disinilah kali pertama Silat Seni Gayong mula diperkenalkan kepada sekumpulan tujuh orang belia, iaitu pada 17hb Februari 1942 jam 11.00 pagi. Di pulau tersebut dan pulau-pulau sekitarnya, beliau telah membuktikan kepintaran dan keberaniannya memperdaya, menewaskan tentera Jepun serta melindungi penduduk di pulau tersebut. Atas kegigihan beliau, maka merebaklah pengaruhnya hingga Silat Seni Gayong berkembang ke pulau-pulau Indonesia, Singapura dan Semenanjung Tanah Melayu. Diatas jasanya yang cemerlang ketika bertugas di cawangan jenayah serta sumbangannya kepada Kerajaan British ketika menentang pendudukan Jepun di Singapura dan Malaya, beliau telah dikurniakan pingat King George V oleh baginda Ratu Elizabeth yang mana pada ketika itu Dato’ Meor Abdul Rahman telah pun menjadi anggota polis di Jabatan Siasatan Jenayah, Singapura.
Dato’ Meor Abdul Rahman terus gigih mengembangkan Silat Seni Gayong ke seluruh Tanah Melayu dan Singapura bermula dari tahun 1948. Setelah bersara dari pasukan polis, beliau telah menubuhkan Seni Gayong School di Woodland, Singapura pada 3 Disember 1960. Pada tahun 1959, Allahyarham Dato’ Onn bin Jaafar, pengasas UMNO dan penentang Malayan Union telah masuk menjadi ahli Silat Seni Gayong. Memandangkan sambutan terhadap seni silat ini begitu menggalakkan, beliau mencadangkan supaya ianya didaftarkan. Hasil usaha nasionalis Melayu ini serta Dato’ Meor Abdul Rahman sendiri, seni silat ini telah berjaya didaftarkan di Johor bahru pada 22hb Oktober, 1963 (No. Pendaftaran 361) atas nama Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia. Ianya merupakan pertubuhan silat yang pertama sekali berdaftar dan kini merupakan perguruan silat terbesar di Malaysia. Silat Seni Gayong terus berkembang pesat di Semenanjung Malaysia di bawah kepimpinan Dato’ Meor Abdul Rahman. Usaha dan pengorbanannya mengembangkan seni silat ini telah dirakam oleh Paduka Seri Sultan Perak, Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Idris dengan pengurniaan pingat Darjah Paduka Cula Si Manja Kini (DPCM) yang membawa kepada gelaran Dato’. Almarhum Dato’ Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Md. Hashim mangkat di Taiping pada 23hb Jun 1991 ketika berusia 76 tahun dan dikuburkan di Taiping Perak.
Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan (PSSGM) adalah sebuah pertubuhan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negara pada 22 Oktober 1963 (Rujukan 361) pada mulanya, dan kemudiannya pula didaftarkan kepada Pesuruhjaya Sukan pada 31 Julai 1998 (Rujukan 0149/98). Perubahan ini berlaku apabila kerajaan telah menetapkan dasar melalui Akta Pembangunan Sukan 1997 supaya semua badan yang menjalankan kegiatan sukan hendaklah berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan. Seterusnya, pada tahun 2012, pendaftaran telah ditukar semula kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negara selaras dengan kehendak Pesuruhjaya Sukan untuk memfokuskan kepada perkembangan sukan dan bukannya kepada warisan budaya dan bangsa. Dan silat pula terletak pada kesenian dan kebudayaan. Sehubungan dengan itu, pendaftaran PSSGM beralih ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negara untuk memfokuskan kepada kesenian dan kebudayaan dengan nama Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan. Nombor pendaftaran baharu adalah PPM-002-10-27052013.
Badan Pentadbiran Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia dibantu oleh dua organisasi dalaman yang ditubuhkan khusus untuk mengukuhkan pengurusan pengembangan dan pembangunan Silat Seni Gayong Malaysia, iaitu Lembaga Adat Istiadat dan Majlis Gurulatih. Penubuhan organisasi ini di peruntukan dalam Perlembagaan Pertubuhan - merujuk kepada perkara 30 dan perkara 31. Badan Pentadbiran Pertubuhan merupakan badan utama bagi menggerakkan hal-hal yang berkaitan dengan merancang, melaksana dan mengawal aktiviti-aktiviti pembangunan dan pengembangan sebagai sebuah Pertubuhan. Badan ini berkait rapat dan berhubung secara langsung dengan urusan memenuhi keperluan dasar-dasar kerajaan yang berkaitan. Di samping itu juga ia berperanan sebagai agensi penghubung di antara organisasi luar, samada dari dalam negara mahu pun luar negara, dengan isu-isu yang berkaitan pentadbiran Silat Seni Gayong Malaysia. Lembaga Adat Istiadat pula memberi fokus kepada merancang, melaksana dan mengawal pelaksanaan amalan adat-istiadat silat yang diwarisi termasuklah perkara-perkara yang berkaitan dengan hukum syara’. Perkara-perkara yang diberi perhatian termasuklah hal-hal yang berkaitan dengan penyampaian sandang-sandang kebesaran, adat perlimau tapak dan seni, tatacara pemakaian serta penampilan dan pelaksanaan protokol budaya warisan. Majlis Gurulatih seterusnya berperanan dalam urusan merancang, melaksana dan mengawal pembangunan dan pengembangan persilatan dari aspek kurikulum latihan dan kejurulatihan. Ini termasuklah urusan mengumpul dan menyusun pelajaran-pelajaran yang terdapat dari guru-guru kanan yang ditauliah atau diketahui menguasai kemahiran yang diperturunkan oleh Allayarham Dato’ Meor Abdul Rahman.
Perjalanan penubuhan Pertubuhan Silat Seni Gayong Sarawak bermula pada bulan Disember tahun 2002 oleh Cikgu Muhammad Khawar Hezazy Bin Uthman bertempat di No 1, Lorong 7A3, Off Jalan Belatok, Taman Malihah, 93050, Kuching Sarawak. Gelanggang pertama Silat Seni Gayong Malaysia di Sarawak ialah Gelanggang Petra Jaya. Silat Seni Gayong Sarawak secara rasminya diterima pendaftarannya pada 12 Oktober 2008 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negara dengan nama pada pendaftaran Pertubuhan Silat Seni Gayong Kuching (PSSGK) bernombor pendaftaran 2077 - 08 - SWK.. Penubuhan PSSGK telah mendapat kebenaran dari Allahyarhamh Cikgu Siti Kalsum, yang merupakan anakanda Allahyarham Mahaguru Dato'Meor Abdul Rahman (ADMAR). Penggunaan nama ini di bawah pengetahuan JK PSSGM pada ketika itu dengan mengambil kira faktor dan pandangan berkenaan dengan IKLIM silat di negeri Sarawak pada Ketika itu.
Pertubuhan ini (PSSGK) didaftarkan untuk memastikan segala perjalanan dan pengurusan pentadbiran supaya lebih telus yang paling penting sebagai pertubuhan yang berdaftar dan sah disisi undang-undang. Pada Ketika itu (2008) pertubuhan induk yang berpusat di Kuala Lumpur iaitu, PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA (PSSGM) telah didaftarkan di PEJABAT PESURUHJAYA SUKAN MALAYSIA di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 dengan nombor pendaftaran APS 149/1998. Seharusnya, sebagai sebuah pertubuhan cawangan bertaraf negeri; PSSGK, mengikut perundangan perlu membuat pendaftaran cawangan kepada induk iaitu Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM). Namun, mengikut undang-undang yang berkaitan dengan AKTA PEMBANGUNAN SUKAN 1997 tidak terpakai untuk Sabah dan Sarawak sehinggalah tahun 2011 menyebabkan pendaftaran R.O.S terpakai untuk semua persatuan silat di Sarawak, manakala persatuan silat di Semenanjung Malaysia menggunakan APS 1997 sehingga tahun 2011. Wakil Tunggal PSSGM di Sarawak ketika itu yang diiktiraf sebagai wakil SSG di negeri Sarawak pada tahun 2008 - 2011 Adalah PSSGK di bawah pimpinan En. Uthman Bin Ramli.
Untuk membolehkan perjalanan Silat Seni Gayong bergerak secara sah, maka pendaftaran di JPPM ini penting supaya pertubuhan dapat merangka operasi dan melicinkan pentadbiran dan yang paling penting ialah pendaftaran ini menjadi titik tolak kepada tertubuhnya Silat Seni Gayong di Bumi Sarawak yang diusahakan sendiri oleh anak jati Sarawak. Signifikannya, beberapa usaha untuk menubuhkan Silat Seni Gayong Malaysia secara undang-undang di Sarawak oleh beberapa individu lain, namun tidak mendapat sambutan.
ADMAR telah melawat Negeri Sarawak pada tahun 1976 bersama dengan beberapa ahli rombongan lain seperti Allahyarham Cikgu Siti Kalsom, Allahyarham Cikgu Ahmad Ismail (Mat Jepun/Singa Putih) dan beberapa guru lain atas kapasiti jemputan dari tokoh politik negeri Sarawak pada Ketika itu.[15] Mengikut cerita orang tempatan, rombongan ini tidak Berjaya menubuhkan Silat Seni Gayong disebabkan oleh masalah dalaman dan politik Sarawak pada ketika itu. [16]
Menurut sumber yang boleh dipercayai, ADMAR sempat bertandang ke Kampung-kampung di Sekitar Kuching dan memperkenalkan Silat Seni Gayong kepada penduduk tempatan. Namun begitu, penubuhan SSG di Sarawak tidak diperkenan oleh Almarhum Tun Abdul Rahman Yaakup atas faktor-faktor yang tidak dapat dinyatakan. Oleh itu, ADMAR telah memacakkan bendera putih di Pantai negeri Sarawak dengan mendoakan agar anak tempatan (anak Sarawak) yang akan menegakkan SSG di Sarawak pada masa hadapan. Impian ADMAR telah beberapa kali dicuba oleh beberapa anak-anak Gayong, namun terbukti nyata terjadi 26 tahun kemudian, apabila pada tahun 2002 dengan kehadiran SSG yang di bawa oleh Cikgu Muhammad Khawar Hezazy.
Cikgu Muhammad Khawar Hezazy telah mempelajari Silat Seni Gayong di bawah pimpinan Cikgu Kasim Samat yang merupakan pensyarah di Kolej Matrikulasi Labuan pada tahun 2002. Cikgu Muhammad Khawar Hezazy bersama-sama dengan rakan-rakan beliau termasuk Kamarul Ariffin, Ali Fainur, Mohamad Emirat, Amrin (Sabah), Mohacmed Ghadaffie, Zulfikar Awang, Siti Nurhidayah Zainuddin, Hamli Sanai dan rakan-rakan lain telah sama-sama membantu Cikgu Kasim untuk membuka gelanggang SSG di Kolej Matrikulasi Labuan (KML), Jalan Ganggarak, Labuan pada tahun yang sama. Beliau juga telah dilantik menjadi Pengerusi Pertama PSSGM Kolej Matrikulasi Labuan.
Sebelum balik ke Sarawak, Cikgu Muhammad Khawar telah diberi Amanah untuk mengembangkan SSG di Sarawak. Oleh itu, dibawah bantu Cikgu Kasim, Cikgu Muhammad Khawar telah meminta izin kepada Jawatankuasa PSSGM pada ketika itu yang berada dibawah pimpinan Allahyarhamah Cikgu Siti Kalsum untuk mengemudikan bahtera SSG di Sarawak.
Pada asalnya, semua penuntut SSG di KML termasuk Cikgu Muhammad Khawar bercadang untuk memulakan latihan di Kuching. Namun, atas kekangan dan faktor melanjutkan pelajaran di IPTA tempatan, hanya tinggal Cikgu Muhammad Khawar sahaja yang telah membuka gelanggang SSG di rumah ayahnda beliau, Tuan Haji Uthman yang bertempat di No.1, Lorong 7A3, Off Jalan Belatok, Taman Malihah, Kuching. Di antara murid Cikgu Muhammad Khawar yang terawal adalah;
Lapisan generasi kedua yang mempelajari SSG di Gelanggang tersebut:
Notable Person (Pesilat Yang Berasal dari Gelanggang Rosli Dhoby)
Bermula hujung 2002, gelanggang pertama tersebut di beri nama Gelanggang Petra Jaya dan dikendalikan dan diajar oleh Cikgu Muhammad Khawar sepenuhnya. Ini adalah Gelanggang SSG pertama di Sarawak yang membuka peluang dan ruang kepada SSG untuk bertapak.
Pada bulan 6 tahun 2003, Cikgu Muhammad Khawar telah melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaysia Sarawak, Samarahan. Mesyuarat penubuhan Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia UNIMAS telah diadakan pada Disember tahun 2004 Bersama dengan beberapa ahli SSG KML iaitu Zulfikhar Bin Awang, Fauziah Intan, lain-lain (perlu rujukan) untuk menubuhakn PSSGM UNIMAS. Pada tahun 2005, latihan SSG di UNIMAS di jalankan di Padang UNIMAS (kampus lama) dan kebanyakkan ahli terdiri daripada pelajar-pelajar Kolej Kenanga. Pada Ketika itu, ahli-ahli Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) askar wataniah yang banyak mengikut Latihan.
Bermula semester 1 tahun 2005, aktiviti persilatan di UNIMAS menjadi lebih meriah dengan kemasukkan pelajar-pelajar Baharu terutamanya mantan-mantan pelajar dari KML. Mereka merupakan kumpulan ketiga yang menyertai SSG KML pada tahun 2004. Pada tahun yang sama, PSSGM UNIMAS telah mendapat kelulusan untuk berdaftar di pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) UNIMAS sebagai sebuah persatuan ko-kurikulum berdaftar di UNIMAS. Di antara murid yang aktif dalam melaksanakan aktiviti persilatan di UNIMAS pada ketika itu Adalah seperti berikut;
Noteable Person From Gelanggang UNIMAS:
Pada ketika inilah, motto SSG Sarawak yang pertama dicipta iaitu, "Pencetus Paradigma, Akhlak Terpuji"; digunakan secara meluas sehingga tahun 2018. Pembukaan gelanggang di UNIMAS ini adalah titik tolak perkembangan SSG di Sarawak kerana berjaya melahirkan barisan kepimpinan tertinggi dalam SSG Sarawak pada masa kini iaitu Cikgu Muhammad Khawar, Cikgu Nukiman Sahat dan Cikgu Dayang Khalizah manakala Cikgu Abdul Azami pula berkhidmat di negeri Johor masa kini dan masih aktif bersama dengan PSSGM Kebangsaan Negeri Johor manakala Hazimin Bin Josman telah bergiat aktif bersama dengan Kumbang Hitam Training Centre Miri (KHTC).
Pada tahun 2007, pentadbiran PSSGM UNIMAS teah diambil oleh beberapa Pengerusi yang lain setelah Cikgu Muhammad Khawar tamat pengajian di UNIMAS. Diantaranya Adalah,
Setelah beberapa Ketika, PSSGM UNIMAS mengalami beberapa isu termasuk ketiadaan gurulatih yang bertauliah sehingga PSSGM UNIMAS telah membawa haluan sendiri dan terkubur. Pada tahun 2013, di atas usaha beberapa pelajar UNIMAS, maka PSSGM UNIMAS dihidupkan semula dengan menukar nama gelanggang kepada SRI ROM NAGA. Cikgu Muhammad Khawar memimpin kembali gelanggang ini sehingga tahun 2018 sebelum diserahkan kepada gurulatih srikandi, iaitu Cikgu Aiza Azilla. Berikut adalah murid yang telah bersama-sama dengan dengan Cikgu Muhammad Khawar membina legasi PSSGS Sri Rom Naga, UNIMAS.
Seterusnya , pada tahun 2006, dengan kerjasama dengan Cikgu Haji Mohamad Bin Buang, seorang guru dari SMK Matang Hilir, SSG Sarawak berjaya diperluaskan ke SMK Matang Hilir. Kelas latihan mendapat sambutan yang sangat memberansangkan dengan penyertaan lebih dari 100 orang pada peringkat permulaan. Pasukan SSG sering menjadi tumpuan apabila dijemput membuat persembahan di sekolah.
PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG KUCHING merupakan jenama PSSGM di Sarawak pada ketika itu yang berjaya ditubuh julung-julung kalinya sejak tahun 1970-an seperti yang diramalkan oleh Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman Bin Uda Md Hashim. Ini adalah penghormatan untuk anak Sarawak dari anak Sarawak sendiri. Dari tahun 2008 ke 2010, terdapat 5 cawangan Silat Seni Gayong Malaysia iaitu, Gelanggang Khalifah Besar (Kuching), Gelanggang SMK Matang Hilir (Kuching), Gelanggang Universiti Malaysia Sarawak (Samarahan), Gelanggang UNIMAS Kampus Bandar Kuching (MEDIC) dan Gelanggang SMK Riam (Miri).
Bagi memastikan pergerakan SSG di Sarawak berjalan dengan lancar, Cikgu Muhammad Khawar telah mengambil langkah untuk mendaftarkan SSG di Pejabat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPMM). Pada permulaan, pendaftaran di JPPM tidak berjaya kerana pertubuhan induk iaitu PSSGM tidak berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966. Negeri Sarawak pula,masih tidak menggunakan APS sehingga tahun 2011. Percubaan untuk mendaftarkan SSG Sarawak bermula pada tahun sejak dari tahun 2005, namun tidak berjaya didaftarkan di atas faktor-faktor yang telah dinyatakan di atas. Oleh itu, atas Cadangan Jawatankuasa PSSGM Induk pada ketika itu, maka pendaftaran SSG Sarawak diminta menggunakan nama PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG KUCHING. Tepat pada 12 Oktober 2008, maka PSSGK telah berjaya didaftarkan secara rasminya sebagai sebuah pertubuhan yang sah disisi undang-undang Malaysia.
Pada penghujung tahun 2010, salah seorang dari anak murid Cikgu Muhammad Khawar, iaitu Cikgu Abdul Azami, seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Riam, Miri telah membuka sebuah gelanggang silat di sekolah tempat beliau mengajar atas kapasiti persatuan ko-kurikulum sekolah. Oleh kerana mempunyai 3 cawangan bertaraf bahagian dalam Sarawak iaitu Kuching, Samarahan dan Miri, maka usaha untuk menggerakkan pertubuhan ini dilakukan dengan mendaftar pertubuhan ini bertaraf negeri dilakukan dengan bantuan Setiausaha Agung PSSGM pada Ketika itu, Tuan Haji Anuar Abdul Hamid. Kebetulan, pada ketika itu, pemakaian Akta Pembangunan Sukan telah boleh digunapakai untuk Sabah dan Sarawak setelah beberapa pindaan dilakukan. Oleh itu, PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA NEGERI SARAWAK ditubuhkan dibawah Akta Pembangunan Sukan 1997 dengan nombor pendaftaran 4228/2011 pada 20 Jun 2011.
Pada tahun 2013, PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA NEGERI SARAWAK telah dibatalkan berikutan dengan arahan dari Pesuruhjaya Sukan untuk meletakkan SEMUA PERTUBUHAN SILAT berstatus WARISAN DAN BADAN KEBUDAYAAN yang perlu didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Proses pemindahan PSSGM Sarawak dari Akta Pembangunan Sukan 1997 tidak dapat dilaksanakan disebabkan berlaku pertikaian kepimpinan peringkat kebangsaan yang menyebabkan PSSGM pusat terbahagi kepada 2 paksi iaitu PSSGM yang didaftarkan oleh En. Ismail Jantan dan PSSGM Kebangsaan di bawah pimpinan Allahyarham Datuk Adiwjiaya Abdullah. Dalam tahun 2013 -2016, status PSSGM Sarawak 'kabur" disebabkan menanti keputusan di antara 2 proksi tersebut. Disebabkan itu, bermula dari tahun 2014, PSSGM Sarawak telah kembali menggunakan pendaftaran PSSGK, di mana, pendaftaran pertubuhan ini (PSSGK) tidak dibatalkan sebelum ini oleh JPPM Sarawak (berlaku migrasi yang dilaksanakan oleh JPPM Sarawak dari bentuk lama kepada bentuk digital). Perubahan ini adalah untuk memastikan perjalanan SSG dapat terus dilaksanakan dengan pendaftaran PSSGK.
Bagi mengelak sebarang provokasi serta menentukan hala tuju SSG Sarawak, maka pada tahun 2017, mesyuarat Agung PSSGK telah diadakan di Penview Hotel, bersetuju untuk kembali berpandu kepada pendaftaran asal pertubuhan ini iaitu PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG KUCHING. Manakala, pihak Gayong Miri telah mengambil langkah untuk ambil haluan sendiri untuk menubuhkan serta mendafftarkan PSSGM Bahagian Negeri Sarawak di bawah kepimpinan Allahyarham Dato' Ismail. [17]
Pada mesyuarat agung itu juga, semua perwakilan bersetuju untuk meminda beberapa fasal dalam perlembagaan. Di antara pindaan tersebut adalah meminda nama Pertubuhan Silat Seni Gayong Kuching kepada Pertubuhan Silat Seni Gayong Sarawak. Keperluan kepada bangsa Sarawak dan pertubuhan yang berideologi Sarawak perlu diperkukuhkan supaya pertubuhan ini mempunyai identiti tersendiri dengan menjunjung amanah dan warisan Pencipta dan Pengasas Silat Seni Gayong. Selain itu, ledakan penerimaan masyarakat Sarawak terhadap Silat Seni Gayong yang di luar jangkaan juga telah menyebabkan perkembangan Silat Seni Gayong ini tidak hanya tertumpu di Bahagian Kuching sahaja, malah 8 bahagian dalam Sarawak sudah ada Silat Seni Gayong bertapak. Bahagian tersebut adalah Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sarikei, dan Bintulu. Dengan pindaan baru ini, nombor pendaftaran telah bermigrasi iaitu ke PPM – 01 – 13 – 12102008. Pada masa kini, 10 cawangan SSG Sarawak telah ditubuhkan di bawah undang-undang cawangan JPPM iaitu,
Secara umumnya, pentadbiran PSSGM Kebangsaan dan PSSGMK Sarawak ditadbir oleh Majlis Eksekutif yang dilantik melalui Mesyuarat Agung Tahunan. Perwakilan dilantik di peringkat cawangan sebelum bermesyuarat di peringkat Negeri dan Kebangsaan. Ahli-ahli yang dilantik kebiasaannya merupakan ahli yang senior dan juga ahli yang dihormati oleh pesilat gayong di seluruh negara dan negeri. Pemilihan ahli ini juga melalui prinsip demokrasi dan diundi mengikut bilangan perwakilan.
Majlis Eksekutif pula dibantu oleh dua badan yang berlainan fungsi iaitu Lembaga Beradat dan juga Majlis Gurulatih. Lembaga Beradat berfungsi menjaga bab adat istiadat di dalam Silat Seni Gayong. Semua permasalahan dan perselisihan berkaitan dengan adat, isu-isu agama Islam akan dibincangkan di dalam Lembaga Beradat ini. Lembaga ini juga berfungsi melantik dan mentauliah wakil-wakil adat di seluruh negara. Majlis Gurulatih berfungsi menjaga silibus dan juga pelajaran di dalam Silat Seni Gayong. Majlis ini juga berperanan menjaga keaslian silibus supaya tidak dicemari dengan elemen tokok-tambah. Selain itu, majlis ini juga akan melantik dan mentauliah gurulatih yang berkebolehan di dalam mengajar Silat Seni Gayong.
MUKAH
Adat
Calaudia Effe ak Imban
Tapak & Seni
Mandi Minyak
Gelanggang
Murid
(Pusat Latihan Tertinggi PSSG Sarawak)
Kuching
(Gelanggang Awam)
SARAWAK (Pejabat Urusan PSSG Sarawak)
Pelbagai aktiviti dan pencapaian yang telah dilaksanakan dan diperoleh oleh SSG Sarawak bermula dari tahun penubuhannya sehingga ke hari ini. Kronologi diterangkan dalam jadual untuk memudahkan orang awam mengakses kejayaan SSG Sarawak.
Tahun : Disember 2002 Tempat : Kolej Matrikulasi Labuan Turut Hadir : Cikgu Kassim Samat (Gurulatih PSSGM WP Labuan)
Beliau merupakan anak Sarawak pertama yang diangkat menjadi Ahli Lembaga Waris Amanah Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia. Penghormatan ini telah dilaksanakan pada 2022 bertempat di Sri Aman, bersesuaian dengan Hasrat Allahyarham Datuk Adiwijaya yang ingin mengangkat dan menabalkan anak Sarawak di persada yang lebih tinggi di dalam persilatan SSG ini. Selain itu, beliau juga merupakan anak Sarawak pertama yang telah diberikan Amanah untuk menjadi wakil perlimau tapak dan seni yang telah ditauliahkan oleh Allahayrham Dato' Ismail Jantan di Komplek Belia Dan Sukan Melaka pada tahun 2007, Penghormatan ini jarang dicanangkan. Oleh itu, pihak SSG Sarawak mengambil inisiatif memaklumkan untuk pengetahuan semua agar generasi akan datang tahu akan Sejarah yang mejadi KEBANGAAN anak-anak Sarawak. Beliau juga dikenali sebagai "Pak Aji" merupakan imam di Masjid di Taman Malihah dan aktif dengan aktiviti kemasyarakatan di Sekitar Kampung Sourbaya, Kampung Gersik, Taman Malihah, dan Batu Kawa.
Buka Gelanggang :
Buka Gelanggang
Buka gelanggang:
Buka Gelanggang:
|title=