She Was Pretty |
---|
Genre | Komedi romantik |
---|
Berdasarkan daripada | She Was Pretty oleh Jo Sung-hee |
---|
Ditulis oleh | |
---|
Pengarah | Yusry Abd Halim |
---|
Dibintangi oleh | |
---|
Lagu pembukaan | "Bintang" oleh Amylea Azizan |
---|
Lagu penutup | "Bintang" oleh Amylea Azizan |
---|
Negara asal | Malaysia |
---|
Bahasa | Melayu |
---|
Bilangan episod | 16 |
---|
|
Penerbit eksekutif | - Zurina Ramli
- Kingsley Warner (Viu)
- Steven Lim Tze Siang (Viu)
- Imillya Roslan (Viu)
|
---|
Penerbit | - Azhar Amirulhisyam (penyelaras)
- Elyce Chin (penyelaras)
|
---|
Penyunting | - Steven Harris
- Syamim Helmi
- Nik Johan
- Raime Yusoff
- Farra Aizurin Zulkarnain
|
---|
Lokasi | Malaysia |
---|
Sinematografi | Irwan Munir |
---|
Pemasangan kamera | Tetapan multi-kamera |
---|
Tempoh siaran | 50–60 minit |
---|
Syarikat penerbitan | Independent Pictures |
---|
|
Saluran asal | Viu |
---|
Format gambar | 1080i (HDTV) |
---|
Format audio | Dolby Digital |
---|
Siaran asal | 23 Jun 2022 – 4 Ogos 2022 |
---|
|
Laman sesawang |
She Was Pretty ialah siri drama televisyen web Malaysia 2022 arahan Yusry Abdul Halim dengan skrip oleh Rafidah Abdullah, Mamu Vies, Baizura Kahar, Haris M. Nor dan Nadia Khan.[1] Dibintangi oleh Diana Danielle, Aiman Hakim Ridza, Alvin Chong dan ramai lagi, drama ini diadaptasi dari drama popular Korea Selatan 2015 bertajuk sama yang disiarkan oleh MBC.[2] Ia disiarkan di platform penstriman Viu dari 23 Jun 2022 sehingga 4 Ogos 2022 dan ditayangkan sebanyak dua episod setiap minggu.[3]
Sinopsis
Selepas keterbalikan dari segi kekayaan dan paras rupa, buah hati dari zaman kanak-kanak bertemu semula untuk kali pertama dalam tempoh 15 tahun sebagai pekerja majalah fesyen. Nadia dan Haniff merupakan jiran semasa zaman sekolah. Haniff merupakan seorang yang gemuk berkawan dengan Nadia yang cantik dan popular. Pada suatu hari, Haniff terpaksa mengikut keluarganya ke luar negara. Mereka berpisah selama 15 tahun. Nadia yang dahulunya lawa, menjadi tidak cantik akibat rambutnya yang kerinting dan wajahnya penuh bintik. Dia sering dijadikan bahan ejekan dan perlian daripada orang-orang sekeliling. Mujur ada sahabat baik bernama Jo. Jo seorang yang lawa dan diminati ramai. Jo tidak kisah bersahabat dengan Nadia. Dia sentiasa memberi sokongan padu kepada kawannya itu.
Satu hari, Haniff yang bakal pulang ke Malaysia ingin bertemu dengan Nadia setelah bertahun berhubung melalui emel. Nadia teruja tetapi malu kerana takut Haniff tidak mahu bertemu dengannya selepas melihat penampilannya kini. Dia terpaksa menggunakan Jo untuk menyamar sebagainya. Mahu atau tidak, Jo akur dengan permintaan sahabatnya itu. Pada pemikiran Haniff, Jo adalah Nadia.
Apa yang dia tidak tahu, Nadia Rahman yang sebenar adalah pekerja sementara di jabatan majalah The Most, Nadia yang sering dia marahi. Mujur rakan sekerja Nadia, Ashraf sentiasa menjadi penyelamatnya. Jo pula mulai jatuh cinta dengan Haniff selepas Haniff menyelamatkannya daripada samseng yang ingin menganggunya. Dapatkah Nadia dan Jo memberitahu Haniff bahawa Jo bukan Nadia sebenar? Bolehkah Haniff mengecam Nadia, pekerja bawahannya sebagai Nadia sebenar, sahabat yang disukainya?.
Pelakon
Penerbitan
She Was Pretty diadaptasi dari siri drama Korea Selatan 2015 bertajuk sama yang disiarkan di MBC dan dibintangi oleh Hwang Jung-eum, Park Seo-joon, Go Joon-hee dan Choi Si-won.
Ia diarahkan oleh Yusry Abd Halim yang sebelum ini mengarahkan Ganjil untuk siaran di Viu.[8] Malaysia merupakan negara ketujuh yang menerbitkan adaptasi drama ini selepas Turki, China, India, Vietnam, Jepun dan Thailand.
Keluaran
She Was Pretty memulakan siaran di Viu bermula 23 Jun 2022 dengan 2 episod disiarkan berturut-turut, manakala 3 episod terakhir disiarkan pada 4 Ogos 2022.[8][9][10][11] Ia juga disiarkan di Astro Ria bermula 5 Mac 2023.
Anugerah
Tahun
|
Anugerah
|
Kategori
|
Penerima
|
Karya tercalon
|
Keputusan
|
Ruj.
|
2022
|
Anugerah Televisyen Asia 2022
|
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
|
Alvin Chong
|
She Was Pretty
|
Menang
|
[12]
|
Rujukan
Pautan luar