Gempak (sebelum ini dikenali dengan Astro Gempak) merupakan sebuah platform digital hiburan Melayu milik Astro yang telah diperkenalkan pada Mei 2010. Gempak menawarkan kandungan eksklusif, video, berita hiburan dan informasi terkini, tips dan tutorial, gaya hidup masa kini, dan siri drama televisyen tempatan dan luar negara.
Sampingan oleh Gempak
Zon Lawak
Zon Lawak merupakan sebuah platform sampingan oleh Astro Gempak. Ia dilancarkan pada Julai 2012 yang mempromosikan program-program menarik dan eksklusif dari Astro Warna.
Salam Muslim
Salam Muslim merupakan platform sampingan oleh Astro Gempak. Ia dilancarkan sekitar tahun 2014. Ia mempromosikan program-program menarik dan gaya hidup dari Astro Oasis dan Zayan.
RojakDaily
RojakDaily merupakan platform sampingan oleh Astro Gempak yang dilancarkan pada tahun 2019. Ia menawarkan berita hiburan yang terkini dari tempatan dan antarabangsa dalam Bahasa Inggeris.
Latar belakang
Astro memperkenalkan platform Astro Gempak pada tahun 2010 bertujuan mempromosikan rancangan-rancangan Melayu yang disiarkan di saluran televisyen Astro pada platform digital. Di peringkat permulaan, isi kandungannya hanya klip promosi dari rancangan TV sahaja. Astro kemudiannya menyerap sebuah portal hiburan Murai ke dalam Astro Gempak. Kandungan platform Gempak kemudiannya berkembang dengan penerbitan rencana-rencana dunia hiburan.
Gempak menyasarkan golongan Melayu millennial (remaja berumur 18–34 tahun) sebagai sasaran pengunjung.
Bertaglinekan 'Dalang Dunia Hiburan Di Nusantara' - Gempak TV merupakan sebuah rancangan TV yang diterajui oleh 2 orang hos setiap minggu. Rancangan yang membawakan pelbagai infotainment serta perkembangan terkini industri seni dan hiburan akan menemubual selebriti TV dan media sosial.
Bersiaran pada setiap hari Rabu, 11 malam di Astro Ria & Ria HD. Juga di YouTube Astro Gempak.
Gempak Fan Club (Gempak FC)
'Gempak’ berusaha untuk membina pangkalan peminat atau ‘fanbase’ dengan memupuk budaya ‘fandom’ menerusi kandungan eksklusif yang dipersembahkan dalam bentuk video, aktiviti lapangan, komuniti sosial di atas talian dan melalui siri-siri kandungan ‘digital-first’. Menerusi ‘Gempak’, pengguna boleh menjadi sebahagian dari kelab peminat, 'Gempak FC’, dan berpeluang untuk menikmati pelbagai ganjaran hebat, memiliki barangan eksklusif serta menyertai aktiviti-aktiviti menarik yang pastinya bakal mencetuskan pengalaman terhebat dalam hidup mereka.
Aplikasi Gempak
Aplikasi Gempak dilancarkan pada Jun 2017, menyediakan kandungan menarik untuk ditonton seperti Suri Hari Mr. Pilot, Dia Semanis
Honey, Isteri vs. Tunang, Suami Tanpa Cinta, Lara Oh Lara, Little Princess Aisyah, Cinta Paling Agung ataupun livestream siri hiburan paling popular seperti Anugerah MeleTOP Era, Akademi Fantasia, Ceria PopStar, Gegar Vaganza, Maharaja Lawak Mega, Super Spontan, Lawak Solo. Aplikasi ini boleh diakses secara percuma pada bila-bila masa dan di mana saja. Aplikasi ini walau bagaimanapun telah ditutup.
Pengerusi dan Pengarah Bukan Eksekutif: Badri Masri ·Ketua Pegawai Eksekutif (CEO): Augustus Ralph Marshall
Jawatankuasa Eksekutif: Tan Poh Ching · Mohamed Khadar Merican · Bernard Anthony Cragg · Chin Kwai Yoong