Setiausaha Politik adalah jawatan berperlembagaan di Malaysia. Sebagai salah satu daripada anggota pentadbiran[1] Kerajaan Persekutuan, seorang Setiausaha Politik dilantik oleh Perdana Menteri [2] sama ada atas pilihannya sendiri atau atas nasihat seorang Menteri.
Setiausaha Politik mula diperkenalkan di Malaysia pada Oktober 1963[3] dengan pelantikan dua tokoh[4] ke jawatan tersebut. Mereka ialah Shariff Ahmad yang dilantik menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Pertanian, dan Abdullah Ahmad yang dilantik menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar yang juga Timbalan Perdana Menteri, Abdul Razak Hussain. Selepas tempoh tersebut, negeri-negeri lain turut meminda undang-undang di negeri masing-masing bagi membolehkan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar dilantik.
Berikut merupakan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar yang pertama dilantik di negeri masing-masing
Tidak ada gambaran yang jelas mengenai tugas dan tanggungjawab seorang Setiausaha Politik, ini keranan bidang tugas Setiausaha Politik ditentukan oleh Jemaah Menteri. Namun, secara umum, seorang Setiausaha Politik ditugaskan untuk membantu tugas-tugas politik seorang Menteri dan memberikan nasihat yang sewajarnya kepada situasi politik di kawasan Parlimen, di negeri atau di Malaysia. Abdullah Saidol menjelaskan bahawa seorang Setiausaha Politik perlu memahami, menyampaikan, dan menjelaskan program-program pembangunan negeri dan dasar Kerajaan kepada rakyat diperingkat akar umbi.[12]
Setakat 24 April 2020, berikut merupakan Setiausaha Politik yang telah dilantik oleh Kerajaan[15] dan akan berkhidmat sehingga habis penggal kepimpinan.
Kerajaan negeri juga boleh melantik Setiausaha Politik. Walau bagaimanapun, pelantikan setiausaha politik di negeri ditentukan oleh negeri masing-masing melalui enakmen dan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau Kabinet Negeri. Peranan dan tanggungjawab setiausaha politik negeri serupa dengan setiausaha politik persekutuan.
Di negeri-negeri Semenanjung Malaysia, seorang Setiausaha Politik dilantik oleh ketua Kerajaan Negeri masing-masing dan hanya menguruskan urusan politik sahaja.
Setiap Menteri negeri Sabah mempunyai seorang Setiausaha Politik. Ketua Menteri pula boleh melantik hingga empat orang Setiausaha Politik untuk dirinya sendiri.
Berikut merupakan senarai Setiausaha Politik bagi kerajaan negeri Sabah:
Ketua Menteri Abang Johari Openg mempunyai 32 setiausaha politik di seluruh Sarawak.[27] Berikut merupakan senarai Setiausaha Politik bagi kerajaan negeri Sarawak bagi tempoh 1 Oktober 2019 hingga 31 Disember 2020.