Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia atau nama ringkasnya SMK Gombak Setia, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Seri Setia. Selain daripada program arus perdana (menengah rendah dan menengah atas), sekolah ini menawarkan program tingkatan enam (Pra-Universiti).
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia memiliki 1480 orang pelajar lelaki dan 1520 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 3000 orang. Ia mempunyai seramai 172 orang guru.2009
SMKGS mula ditubuhkan pada tahun 1969 iaitu selepas peristiwa 13 Mei 1969 yang pada ketika itu dikenali sebagai Darjah Menengah Kebangsaan, bertempat di Sek. Ren. Setapak (menumpang) selama seminggu. Bilangan pelajar ketika itu 200 orang. Pengetuanya yang pertama ialah Cik Badariah bt. Hj Ibrahim. Kemudian, pada Mei 1969 juga pelajar-pelajar ini dipindahkan ke Sek. Ren. Keb. Gombak Setia kerana ibu bapa mahukan anak-anak mereka bersekolah di tempat yang lebih dekat dan selamat. Pengetuanya ialah En. Mohamad Zaid b. Ramli.
Pada Mac 1974, para pelajar dipindahkan ke bangunan sendiri Sek. Men. Keb. Gombak Setia. Pada 1976, Peperiksaan Sijil Penilaian Malaysia (SPM) pertama diadakan di sekolah ini dan pada 1979 aliran Sains bagi Tingkatan Empat pula diadakan. Pada 1977, bangunan baru Blok C dan Blok D mula dibina dan siap akhir tahun 1980 serta mula digunakan sepenuhnya pada awal tahun 1981.
Pada tahun 1982, satu lagi bangunan baru dibina khas untuk Tingkatan Empat Sains Rumah Tangga yang mula dibuka pada awal tahun 1984. Manakala kelas Tingkatan Enam Satera dan Sains juga ditubuhkan pada Mei 1984 (merupakan sekolah pertama di daerah Gombak yang mempunyai Tingkatan Empat bagi menampung pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah di Daerah Gombak).
Kini, SMKGS mempunyai pelajar-pelajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 seramai 2713 orang pada sesi pagi dan petang dan jumlah gurunya 128 orang. Kini, pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 belajar di sebelah petang, manakala pelajar Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, dan Tingkatan 6 belajar di sebelah pagi.
Usaha Tekun Jaya
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara sejahtera
Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara
Kecemerlangan Milik Kami
Melambangkan kemajuan sains dan teknologi
Melambangkan ilmu pengetahuan
Melambangkan pendidikan dan bimbingan
Melambangkan Islam dan kesejahteraan
Melambangkan keutuhan dan waspada
Berdirinya sekolah kita
Bagai obor putra putrinya
Sekolah Menengah Gombak Setia
Menabur jasa baktinya
Sopan santun berakhlak mulia
Pada ibu bapa setia
Berpeganglah teguh pada agama
Amalkan Rukun Negara
Kami berjanji akan berjasa
Membela Malaysia tercinta
Amalkan usaha tekun jaya
Itulah cogan kita semua
Pada Tuhan kita pohonkan
Agar doa diperkenankan
Hadapi segala rupa cabaran
Pasti capai kejayaan.
[2]
Kelas-kelas di SMK Gombak Setia dibahagikan mengikut tingkatan dan aliran. Berikut disenaraikan kelas-kelas yang terdapat di SMK Gombak Setia.
Jumlah : 3
Jumlah : 6
Jumlah : 10
Jumlah : 2
Jumlah : 4
Pakej Mata Pelajaran:
Jumlah : 5
Jumlah Keseluruhan : 81
Kokurikulum SMK Gombak Setia terbahagi kepada tiga, iaitu:
SMK Gombak Setia mempunyai 8 unit beruniform, iaitu:
SMK Gombak Setia mempunyai 25 buah kelab dan persatuan, iaitu:
Permainan di SMK Gombak Setia mempunyai sebanyak 12 sukan, iaitu:
Rumah sukan yang terdapat di SMK Gombak Setia adalah sebanyak 5 rumah, iaitu:
|dead-url=
|date=