Sekolah Menengah Kebangsaan Gadong atau nama ringkasnya SMK Gadong, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Beaufort, Sabah, Malaysia.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Gadong memiliki 554 orang pelajar lelaki dan 508 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1062 orang. Ia mempunyai seramai 75 orang guru.
Kini, SMK Gadong memiliki jumlah pelajar sebanyak 844 dan guru sebanyak 84.
Waktu masuk ke sekolah = 6.50 ( selewat-lewatnya ) Waktu pulang = 1.30 tengah hari( Isnin dan Khamis ) 11.30 pagi (Jumaat) 3.30 petang ( Selasa dan Rabu )
Engkau bagai rimbun yang menghijau Melindung, mendidik dan menghibur Mencurahkan baktimu Sekolahku SMK Gadong Berilmu, beramal dan berbakti Bersopan santun budi mulia Belajar dan berusaha Itulah budaya kita Kepada-Mu wahai Tuhanku Berkati usaha kami Menjaga dan menghormati Sekolahku kekal abadi Engkau bagai gunung yang menjulang Memuncak mengukuh dan menunjang Mencapai cita yang mulia Berbakti pada negara
SMK Gadong sekolah tercinta Kebanggaan kita semua Mendidik, berilmu dan berbudaya Mencurahkan bakti yang mulia SMK Gadong bertekad di hati Mencapai kecemerlangan Berilmu, beramal dan berbakti Menggapai generasi terbilang Sekolah dekat di hati Membentuk insan mulia Kami terus berbakti KepadaMu Tuhanku
Pada 4 Julai 2019, SMK GADONG telah mengadakan Program Karnival Akademik TS25 2019 buat julung-julung kalinya. Program ini telah berjaya dilaksanakan. Seramai 1000 lebih pengunjung luar mahupun dalam kampung Gadong telah bersama-sama menjayakan program ini. Program ini melibatkan beberapa sekolah TS25 seperti SMK Sindumin, SK Banting , SK Suasa dan sebagainya serta melibatkan beberapa badan kerajaan dan NGO. Pelbagai persembahan telah dipersembahkan kepada orang ramai seperti Qasidah , Dikir Barat , Choral Speaking , Sajak Bahasa Arab , Bacaan ayat suci Al-Quran , Pidato , Syarahan serta Public Speaking.
Pada peringkat awal penubuhannya, iaitu pada awal tahun 70-an sekolah ini tidak mempunyai bangunannya sendiri dan tidak mempunyai kemudahan asas yang diperlukan. Bangunan Sekolah Rendah Gadong telah digunakan sebagai pusat pembelajaran sementara.
100 orang pelajar diterima semasa tahun pertama sekolah ini. Dua buah kelas digunakan untuk menempatkan pelajar-pelajar ini yang memulakan kelas menengah rendah dalam aliran Bahasa Inggeris.
Menjelang tahun 1974, tingkatan 1, 2 dan 3 telah diwujudkan dan buat kali pertama seramai 100 orang pelajar telah menduduki Peperiksaan LCE yang berpusat di Sekolah Menengah St. Paul, Beaufort.
Pada tahun 1976, seiringan dengan Dasar Peperiksaan Pelajaran Kebangsaan, sekolah ini telah mewujudkan kelas tingkatan satu dalam aliran Bahasa Melayu. Kumpulan pelajar ini juga yang pertama mengambil peperiksaan SRP pada tahun 1978.
Sesi persekolahan bermula pada 12.30 tengah hari dan berakhir pada 5.45 petang kerana pada waktu pagi, sesi persekolahan peringkat rendah berlangsung. Hanya menjelang tahun 1985 barulah waktu persekolahan berubah kepada pukul 7.00 pagi hingga 1.35 tengah hari. Pada masa ini,[bila?] bangunan tambahan telah dibina oleh pihak kerajaan.
Pada tahun 1992, bangunan baru di tapak yang baru telah siap sepenuhnya dan mula digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Pada waktu ini, sudah terdapat asrama pelajar lelaki dan perempuan, surau, kantin, bengkel kemahiran hidup, dewan besar, gelanggang badminton dan flat guru serta kemudahan asas yang lain.
Pada tahun ini juga seramai 66 orang pelajar untuk pertama kalinya menduduki peperiksaan SPM (peringkat menengah atas dimulakan pada tahun 1991, di sekolah lama).
Seterusnya, peningkatan jumlah pelajar berlaku dari setahun ke setahun. Dengan adanya sekolah baru ini, ia telah memberi peluang pelajar luar bandar menguasai ilmu pengetahuan dan memperbaiki mutu kehidupan mereka.
Sekolah ini juga disediakan dengan sebuah bas untuk kegunaan sekolah dan Pejabat Pendidikan Beaufort.