Sekolah Kebangsaan Terusan Baru atau nama ringkasnya SK Terusan Baru, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Pulau Timbang Sandakan Sabah. Sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah kurang murid (SKM) dan sekolah luar bandar. Jarak antara sekolah ini ke Pejabat Pelajaran Daerah Sandakan adalah sejauh 80KM yang memakan masa selama 1 jam untuk sampai ke sekolah ini dengan menaiki bot.
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Terusan Baru memiliki 33 pelajar lelaki dan 30 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 63 orang. Ia mempunyai seramai 12 orang guru.2009
Pada tahun 1986 Sekolah Kebangsaan Terusan Baru Sandakan telah beroperasi dengan seorang Tenaga pengajar iaitu cikgu Christoper dan seramai 8 orang murid dalam sebuah kelas yang menggunakan sebuah bangunan balairaya yang dibina oleh penduduk kampong dan dari situlah bermulanya sejarah Sekolah. Atas kesedaran yang timbul di kalangan penduduk kampong betapa pentingnya pendidikan bagi mengubah corak kehidupan dan masa depan anak-anak mereka,maka semua ibubapa sebulat suara bercadang untuk memohon sebuah sekolah di kampung ini daripada Pejabat Pendidikan Bahagian Sandakan (yang kini pejabat Pelajaran Gabungan ). Akhirnya hasrat mereka tercapai atas kelulusan Pejabat Pendidikan Sandakan dan membina sekolah atas usaha dan titik peluh orang kampong.
Kecemerlangan dan tahap kualiti yang berterusan dalam semua aspek pendidikan ke arah melahirkan generasi pelajar yang berperibadi dan berakhlak mulia, berilmu, berbudaya saing menepati matlamat falsafah pendidikan negara.
* Meneruskan aktiviti 3+2 Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan program drastik pendidikan bahagian gabungan Sandakan. * Memantapkan suasana dan persekitaran sekolah yang merangsang pengajaran dan pembelajaran. * Memantapkan sistem pengurusan berkesan dan berbudaya kerja bermatlamat serta berfokus. * Menghasilkan pelajar berakhlak mulia dan cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum.
SENTIASA CEMERLANG