Lencana Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah
Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Pasir Panjang, 21100 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman, Malaysia.
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah memiliki 331 pelajar lelaki dan 312 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 643 orang. Ia mempunyai seramai 41 orang guru. 2009
Dahulunya dikenali dengan nama Sekolah Rendah Tengku Bariah pada era 80an. Sebelum itu juga dinamakan Sekolah Rendah Inggeris Pasir Panjang pada era 70an.
Nama asal Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah ialah Sekolah Rendah Inggeris Jenis Kebangsaan Pasir Panjang. Ia dibina pada tahun 1966 dan dibuka dengan rasmi oleh Encik Mohd Khir Johari, Menteri Pelajaran ketika itu, pada 26 Mei 1967.
Sejarah SKTB bermula di Sekolah Menengah Tengku Bariah pada tahun 1965. Di peringkat kelahirannya SKTB tidak mempunyai bangunan sendiri. Murid-muridnya menumpang di SMTB dengan menggunakan nama Sekolah Rendah Inggeris Pasir Panjang. Bahasa pengantarnya ialah bahasa Inggeris dan semua mata pelajaran diajar dalam bahasa Inggeris.
Dua tahun selepas itu, baharulah sekolah ini mempunyai bangunan sendiri yang dibina di kaki Bukit Besar. Dengan dua blok bangunan batu dua tingkat memuatkan 16 bilik darjah, kesemua 544 orang muridnya yang menumpang di SMTB berpindah ke sekolah baru ini dalam dua sesi persekolahan (pagi dan petang).
Nama Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah dan Sekolah Menengah Tengku Bariah diambil sempena nama Tengku Ampuan Muda Terengganu ketika itu (setelah diperkenankan oleh pihak DiRaja) iaitu Tengku Bariah Ibni Almarhum Tuanku Hisamuddin Alam Shah (Puteri Sultan Selangor).
P033 Besut N01 Kuala Besut N02 Kota Putera N03 Jertih N04 Hulu Besut
P034 Setiu N05 Jabi N06 Permaisuri N07 Langkap N08 Batu Rakit
P035 Kuala Nerus N09 Tepuh N10 Buluh Gading N11 Seberang Takir N12 Bukit Tunggal
P036 Kuala Terengganu N13 Wakaf Mempelam N14 Bandar N15 Ladang N16 Batu Buruk
P037 Marang N17 Alur Limbat N18 Bukit Payung N19 Ru Rendang N20 Pengkalan Berangan
P038 Hulu Terengganu N21 Telemung N22 Manir N23 Kuala Berang N24 Ajil
P039 Dungun N25 Bukit Besi N26 Rantau Abang N27 Sura N28 Paka
P040 Kemaman N29 Kemasik N30 Kijal N31 Cukai N32 Air Putih