SERI TASIK
Sekolah Kebangsaan Seri Tasik merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Sri Permaisuri 1, Bandar Sri Permaisuri , Kuala Lumpur, Malaysia.
Sekolah Kebangsaan Seri Tasik telah dibina mulai tahun 2001 dan telah siap pada akhir tahun 2002. SK Seri Tasik telah mula beroperasi pada tahun 2003 dengan murid seramai lebih kurang 1000 orang dan bilangan guru seramai 40 orang.
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Seri Tasik memiliki 1165 pelajar lelaki dan 1032 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2197 orang. Ia mempunyai seramai 110 orang guru.2009
Keindahan persekitaranmu
Ceria menjana ilmu
Kehijauan pohon di taman
Tasikmu mendamaikan
SK Seri Tasik kebanggaan
Mendukung cita mulia
Martabatkan kecemerlangan
Dalam pelbagai bidang
Nilai murni tetap jadi amalan
Kita pupuk perpaduan
Kejituan jati diri kita
Asas kejayaan Malaysia
[Chorus]
SK Seri Tasik permai
Sekolah kami semua
Sentosa, sentiasa
Semoga sejahtera warganya
SK Seri Tasik unggul
Cemerlang mencapai visi
Berilmu, berkualiti
Hidup berperibadi
WARNA
MERAH - Simbol Keberanian
PUTIH - Simbol Suci dan Bersih
KUNING - Simbol Akhlak yang Mulia
BIRU - Simbol Perpaduan
COKLAT - Simbol Kesepakatan
LAMBANG BUJUR TELUR - Sekolah yang melahirkan murid berilmu akan menghasilkan pewaris generasi yang akan datang.
GLOB - Pendidikan bertaraf dunia
KOMPUTER RIBA - Gedung ilmu yang berkualiti
TANGGA - Asas menuju kejayaan
BULAN DAN BINTANG - Melambangkan agama sebagai benteng pertahanan akhlak.
MENTOL - Melambangkan kemajuan teknologi pendidikan dan sinarnya umpama pembakar semangat kecemerlangan.
JALAN BERLIKU - Untuk mencapai kejayaan, pengorbanan diperlukan