Sekolah Kebangsaan Rancangan Lubuh atau nama ringkasnya SK Rancangan Lubuh, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Beg Berkunci 02.
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Rancangan Lubuh memiliki 78 pelajar lelaki dan 75 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 153 orang. Ia mempunyai seramai 15 orang guru.2009
Sekolah Kebangsaan Rancangan Lubuh ini telah ditubuhkan pada tahun 1983. Pada mulanya balai raya telah digunakan sebagai sekolah. Hal ini kerana ketiadaan bangunan untuk menampung murid. Pada tahun 1988, dua buah blok bangunan telah siap dibina bagi menggantikan balai raya yang digunakan. Pada awal pembinaannya, hanya enam buah bilik darjah, sebuah bilik guru dan sebuah perpustakaan dibina. Namun, selaras dengan keperluan pendidikan, maka pada tahun 2000 bangunan Prasekolah telah dibina.
Pada tahun 2001 dan 2002 pula, dua buah rumah guru masing-masing telah dibina, dan secara keseluruhannya terdapat empat buah rumah guru telah dibina bagi menampung penempatan guru-guru. Pada tahun 2007 sebuah makmal komputer telah dibina dan pada tahun 2008, dua buah rumah guru baru telah dibina. Pada tahun 1983, seramai 125 orang murid menjadi murid pertama sekolah ini. Jumlah murid yang semakin meningkat ini telah menyebabkan kerajaan memulakan pembinaan sekolah baharu pada mac 1987. Pada tahun 1988 pula, jumlah murid telah meningkat iaitu seramai 254 orang murid.