Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hua Bangkong atau nama ringkasnya SJK (C) Chung Hua Bangkong, merupakan sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang terletak di KM 6, Jalan Lachau-Kara, Kuari Lachau, 95000 Sri Aman, Sarawak.
Pada tahun 2023, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hua Bangkong memiliki 29 orang murid lelaki dan 42 orang murid perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid ialah seramai 71 orang. SJK (C) Chung Hua Bangkong mempunyai 13 orang guru dan 3 orang AKP.2023
SJK (C) Chung Hua Bangkong terletak di Daerah Pantu, Bahagian Sri Aman, Sarawak. Sekolah ini ditubuhkan pada awal tahun 1952 oleh penduduk-penduduk tempatan yang berbangsa Cina. Tuai-tuai rumah panjang di kawasan sekitar juga turut memberi sokongan dari segi kewangan dan tenaga untuk menubuhkan sekolah ini. Salah seorang Tuai Rumah iaitu En. Bujang yang telah mendermakan sebidang tanah seluas empat ekar untuk dijadikan sebagai tapak bangunan sekolah.