Pada 2013, selepas menghabiskan tujuh musim bersama Eagles, beliau menjadi pemain pertama dari Liga KBO untuk menyertai pasukan MLB melalui "posting system". Semasa Siri Dunia 2018, Ryu menjadi pelempar pemula Korea pertama untuk tampil dalam aksi Siri Dunia. Pada 2019, Ryu menerima pemilihan pertama dalam kariernya untuk menyertai Perlawanan All-Star. Ketika musim yang sama, beliau merupakan pemain teratas dalam mencatatkan purata peroleh larian (ERA) terbaik iaitu 1.26 melalui 14 penglibatan pertamanya. Pencapaian itu juga menandakan bahawa beliau ialah pelempar Dodgers pertama mencatat rekod sedemikian semenjak pengenalan statistik tersebut pada 1912.[1]