6 September 2019(2019-09-06) (umur 95) Singapura[5]
Parti politik
Parti Demokratik Kebangsaan (1960–1961) Kesatuan Rakyat Afrika Zimbabwe (1961–1963) Kesatuan Kebangsaan Afrika Zimbabwe (1963–1987) Kesatuan Kebangsaan Afrika Zimbabwe – Barisan Patriotik (1987–2017)
Mugabe merupakan seorang tokoh yang penuh kontroversi. Selepas perang, beliau disanjung orang-orang Afrika sebagai wira perjuangan demi kemerdekaan[7]
Setelah campur tangan dalam Perang Congo Kedua yang menelan banyak wang dan ekspropriasi tanah ladang milikan kulit putih secara besar-besaran, dunia Barat memandang rendah Mugabe, sementara ekonomi Zimbabwe teruk meleset. Baru-baru ini dasar-dasar beliau dikutuk dunia Barat dan di negara sendiri.[8][9][10]
Mugabe menyifatkan pihak-pihak yang mengutuk beliau sebagai "penjajah yang lahir semula,"[11][12]
dan beliau bersama penyokong-penyokong beliau mendakwa bahawa kemelut Zimbabwe adalah tinggalan imperialisme,[13]
yang diburukkan lagi oleh campur tangan ekonomi oleh kuasa Barat.
Pada 3 April 2008, akhbar UK mengumumkan bahawa parti pembangkang utama, Pergerakan Perubahan Demokratik menguasai parlimen.[14] Pada bulan September 2008, Mugabe mencapai kata sepakat dengan ketua pembangkang Morgan Tsvangirai untuk berkongsi kuasa yang mana Mugabe kekal sebagai presiden sementara Tsvangirai menjadi Perdana Menterinya. Pada 3 Ogos 2013, Suruhanjaya Pilihan Raya Zimbabwe menyatakan yang Mugabe memenangi penggal ketujuhnya sebagai presiden, menewaskan Morgan Tsvangirai dengan 61 peratus undi.[15]
Pada 15 November 2017, Mugabe diletakkan di bawah tahanan rumah oleh Tentera Kebangsaan Zimbabwe dalam satu rampasan kuasa.[16][17][18] Pada 19 November, beliau dipecat sebagai ketua ZANU-PF, dan Emmerson Mnangagwa, bekas Naib Presiden telah dilantik untuk menggantikan tempatnya.[19] Berikutan permulaan proses pemecatan terhadapnya, Mugabe meletak jawatan sebagai Presiden pada 21 November.[20]