Rita Lee

Rita Lee (2010)

Rita Lee Jones, yang lebih dikenali sebagai Rita Lee (lahir 31 Disember 1947) adalah seorang penyanyi, pemain muzik, dan penggubah muzik rock berkebangsaan Brazil. Lee dilahirkan di kota Sao Paulo, Brazil, sebagai anak bongsu kepada Charles Fenley Jones, seorang Amerika Syarikat sementara ibunya, Romilda Padula Jones, berasal dari Itali. Ia juga menyanyikan muzik romantik.

Pada 1963 ia bersama empat orang temannya membentuk sebuah pancaragam yang dinamainya Teenage Singers. Mereka tampil dalam berbagai pertunjukan dan pesta di sekolah. Pada tahun berikutnya ia ikut serta dalam Tulio Trio dan kemudian dalam Six Sided Rockers, sebuah pancaragam yang kemudian dinamai O' Seis dan kebelakangan ini, O Konjunto.

Pada 1966, Lee, bersama-sama dengan Arnaldo Baptista dan Sergio Dias, membentuk pancaragam Os Mutantes. Pancaragam ini tampil buat pertama kali pada 1967 dalam Pesta Muzik Pop Brazil III dari Rekod TV. Setelah berbagai-bagai pengalaman dengan Os MUtantes, ia mulai mencuba menyanyi solo dengan Build Up pada 1970. Ia menerbitkan rakamannya yang kedua pada 1972.

Setelah pancaragam itu dibubarkan pada 1972, ia membentuk pancaragamnya sendiri, Tutti-Frutti. Lee kemudian menerbitkan banyak album sebagai penyanyi tunggal.

Lee bernikah dengan rakan Mutantesnya, Arnaldo Baptista dari 1971 hingga 1977. Pada 1996, ia bernikah dengan Roberto de Carvalho, yang diperkenalkan kepadanya oleh Ney Matogrosso. Bersama de Carvalho, ia mempunyai tiga orang anak lelaki, dua di antaranya anak kandungnya sendiri: Beto, Joao dan Antonio.

Lee belajar di sebuah sekolah Perancis, dan fasih berbahasa Inggeris, Portugis, Perancis, dan Itali.

Selain kerjaya muziknya, ia mempunyai sebuah rancangan lucu (Radioamador) di radio pada 1986, yang ke udara selama 9 bulan, menulis tiga buah buku kanak-kanak pada 1986, dan tampil pada sejumlah filem Brazil serta acara TV. Dari 2002 hingga 2004, ia menjadi salah seorang juruacara rancangan temu bual di TV Brazil, Saia Justa. Pada 2005 ia memulakan rancangan temu bualnya sendiri, Madame Lee, bersama dengan suaminya.

Diskografi

  • Build Up (1970)
  • Hoje É Primero Dia Do Resto De Sua Vida (1972)
  • Atrás Do Porto Tem Uma Cidade (1974)
  • Fruto Proibido (1975)
  • Entradas E Bandeiras (1976)
  • Refestanca (1977) (dengan Gilberto Gil)
  • Babilônia (1978)
  • Rita Lee (1979)
  • Rita Lee (1980)
  • Saúde (1981)
  • Rita Lee E Roberto de Carvalho (1982)
  • Bombom (1983)
  • Rita E Roberto (1985)
  • Flerte Fatal (1987)
  • Zona Zen (1988)
  • Rita Lee E Roberto de Carvalho (1990)
  • Bossa 'n' Roll (1991)
  • Rita Lee (1993)
  • A Marca Da Zorra (1995)
  • Santa Rita De Sampa (1997)
  • Acústico MTV (1998)
  • 3001 (2000)
  • Aqui, Ali, Em Qualquer Lugar (2001) - Bossa 'n' Beatles (bahasa Inggeris)
  • Balacobaco (2003)
  • MTV Ao Vivo (2004)

Perkara remeh-temeh

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!