Projek Rangkaian Lebuh Raya Asia (AH) adalah projek kerjasama antara negara di Asia dan Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial bagi Asia dan PasifikPersatuan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCAP) bagi memperbaiki mutu sistem jalan raya dan lebuh raya di Asia. Projek ini adalah satu daripada 3 "tiang" utama bagi projek Pembangunan Pengangkutan Darat Asia (ALTID), dikuatkuasakan oleh Suruhanjaya ESCAP dalam persidangan ke-48 pada tahun 1992 yang merangkumi Rangkaian Lebuh Raya Asia, Kereta Api Rentas Asia (TAR) serta penyediaan kemudahan pengangkutan darat. Projek tersebut mula dicadangkan oleh PBB pada 1959 dengan matlamat untuk merancakkan perkembangan pengangkutan jalan raya antarabangsa di Asia. Pada fasa permulaan (1960-1970) terdapat sedikit perkembangan projek, namun perkembangan projek menjadi perlahan apabila bantuan kewangan dihentikan pada tahun 1975.
Perjanjian Antarabangsa Rangkaian Lebuh Raya Asia (IGA) dimeterai pada 18 November 2003 oleh Mesyuarat Antara Kerajaan; IGA turut menyertakan Annex I bagi mengenal pasti 55 laluan Lebuh Raya Asia yang merangkumi 32 negara anggota dengan jumlah jarak sepanjang 87,500 batu (140,000 km), serta Annex II bagi penetapan "Klasifikasi dan Piawaian Rekabentuk". Semasa Mesyuarat Suruhanjaya ESCAP sesi ke-60 di Shanghai, China pada April 2004, Perjanjian IGA telah ditandatangani oleh 23 buah negara. Setakat tahun 2007, 28 negara telah menandatangani perjanjian tersebut.
Galeri
Di Malaysia
Rangkaian lebuhraya Asia 2 (AH2), digunakan pada Bahagian Barat Semenanjung Malaysia (Bukit Kayu Hitam - Johor Bahru).
Rangkaian lebuhraya Asia 18 (AH18) digunakan pada Bahagian Timur Semenanjung Malaysia (Rantau Panjang - Tambak Johor Bahru).
Rangkaian lebuhraya Asia 140 (AH140) digunakan pada Bahagian Utara Semenanjung Malaysia (Butterworth - Pasir Puteh).
Rangkaian lebuhraya Asia 141 (AH141) digunakan pada Bahagian Tengah Semenanjung Malaysia (Pelabuhan Klang - Kuantan).
Rangkaian lebuhraya Asia 142 (AH142) digunakan pada Bahagian Tenggara Semenanjung Malaysia (Yong Peng - Gambang).
Rangkaian lebuhraya Asia 150 (AH150) digunakan pada Borneo Malaysia (Wilayah Sabah dan Wilayah Sarawak: 1. Telok Melano - Sungai Tujuh, 2. Tedungan - Pandaruan dan 3. Mengkalap - Tawau).
Konsep
Membina sebuah rangkaian lebuh raya antarabangsa adalah sangat mahal serta mengembil masa yang sangat lama, memandangkan masih banyak lagi negara Asia yang mundur serta tidak mempunyai rangkaian jalan raya yang baik. Oleh itu, pendekatan yang diamalkan di dalam projek Lebuh Raya Asia adalah dengan mengenal pasti laluan Lebuh Raya Asia serta menaik taraf jajaran jalan raya yang dikenal pasti dalam laluan tersebut.
Pengekodan laluan
Laluan Lebuh Raya Asia dikodkan mengikut format Fail:Tabliczka AHxxx.svgAHxxx di mana xxx mewakili nombor laluan yang diberi. Kod-kod laluan Lebuh Raya Asia adalah mengikut kawasan-kawasan berikut:-
AH1 hingga AH8: Laluan utama yang merentasi seluruh benua Asia.