Pusat Kebudayaan Khalil Sakakini (Arab: مركز خليل السكاكيني الثقافي) ialah sebuah pertubuhan kebudayaan dan kesenian Palestin. Ia bermatlamat untuk mencipta sebuah kebudayaan kepelbagaian dan membebaskan menerusi kajian, soal selidik, dan penyertaan, dan menyediakan sebuah ruang terbuka kepada masyarakat untuk menghasilkan kandungan kebudayaan yang bersemangat dan membebaskan.
Pusat kebudayaan ini terletak di Ramallah. Ia ditempatkan di sebuah bangunan yang diubah suai, peninggalan awal abad ke-20, yang bercirikan seni bina lama Palestin. Pada mulanya ia ditubuhkan pada Mei 1996 sebagai sebuah cabang kepada Kementerian Kebudayaan Palestin. Walau bagaimanapun, ia telah didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan bukan untung pada 1998. Pusat kebudayaan ini dinamakan sempena nama negarawan dan sasterawan Baitulmaqdis, Khalil Sakakini.
Pusat kebudayaan ini menganjurkan pameran seni, pembacaan buku, pendeklamasian puisi, kegiatan kanak-kanak dan tayangan filem. Sebagai tambahan kepada projek jangka panjang, pusat ini memindahkan sebahagian kegiatannya ke kemudahan-kemudahan lain di luar Ramallah, seperti ke Birzeit, Bandar Gaza, dan Bethlehem, untuk membolehkan kesinambungan projek semasa sekatan dilakukan oleh Israel.[1]
Adila Laïdi-Hanieh ialah pengarah pertama pusat ini yang berkhidmat pada 1996 hingga 2005.[2][3] Yazan Khalili pula dilantik sebagai pengarah sejak 2015.[4][5][6][7]