Pilihan raya umum Singapura 2011

Pilihan raya umum Singapura 2011

← 2006 7 Mei 2011 2015 →

87 kerusi dipertandingkan
(+3 kerusi ditawarkan untuk NCMP)
ke Parlimen Singapura
44 kerusi diperlukan untuk majoriti
  Parti pertama Parti kedua Parti ketiga
 
Pemimpin Lee Hsien Loong Low Thia Khiang Goh Meng Seng
Parti PAP WP NSP
Pemimpin sejak 2004 2001 2007
Kerusi pemimpin GRC Ang Mo Kio SMC Hougang
Pilihan raya
lepas
82 kerusi, 66.60% 1 + kerusi NCMP, 16.34% 0 kerusi, 12.99%[note 1]
Kerusi selepas 81 6 0
Perubahan kerusi 1 5 0
Undian popular 1,210,617 258,141 242,369
Peratusan 60.14% 12.82% 12.04%
Peralihan undi 6.46% 3.52% 0.95%

  Parti keempat Parti kelima Parti keenam
 
Pemimpin Chee Soon Juan Kenneth Jeyaretnam Chiam See Tong
Parti SDP Reform SPP
Pemimpin sejak 1994 2008 2001
Kerusi pemimpin     SMC Potong Pasir
Pilihan raya
lepas
0 kerusi, 4.07% parti baru 1 kerusi, 12.99%[note 1]
Kerusi selepas 0 0 0
Perubahan kerusi 0 0 1
Undian popular 97,239 86,174 62,504
Peratusan 4.83% 4.28% 3.11%
Peralihan undi 0.76% parti baru 9.88%

  Parti ketujuh
 
Pemimpin Desmond Lim
Parti SDA
Pemimpin sejak 2011
Pilihan raya
lepas
0 kerusi, 12.99%[note 1]
Kerusi selepas 0
Perubahan kerusi 0
Undian popular 55,932
Peratusan 2.78%
Peralihan undi 10.21%

Perdana Menteri sebelum pilihan raya

Lee Hsien Loong
PAP

Perdana Menteri terpilih

Lee Hsien Loong
PAP

Pilihan raya umum Singapura ke-16 diadakan pada 7 Mei 2011. Penggal Parlimen Singapura adalah lima tahun, selepas itu ia mesti dibubarkan oleh Presiden Singapura dan pilihan raya mesti diadakan dalam masa tiga bulan, mengikut Perlembagaan Singapura.[1] Mengundi adalah wajib di Singapura dan berasaskan sistem pemenang undi terbanyak. Pilihan raya dikendalikan oleh Jabatan Pilihan Raya yang berada dalam bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri. Pada 19 April 2011, parlimen dibubarkan. Hari pencalonan jatuh pada 27 April 2011, dan buat kali kedua pilihan raya berturut-turut, parti PAP tidak kembali berkuasa pada hari pencalonan. Pilihan raya ini juga merupakan kali pertama berlakunya pertarungan tiga pihak sejak tahun 2001, di Kawasan Ahli Tunggal Punggol Timur.

Pilihan raya ini disifatkan sebagai "watershed election" (pilihan raya titik perubahan) oleh pelbagai pihak. Parti pemerintah, PAP mengingatkan para pengundi bahawa pilihan raya ini bakal menentukan "generasi kepimpinan Singapura yang akan datang".[2] Parti Pekerja memanggilnya "watershed election" untuk negara Singapura dan parti pembangkang, kerana inilah kali pertama dalam dua dekad bahawa hanya tua Ahli Parlimen pembangkang penyandang yang meninggalkan kubu masing-masing dan bertanding dalam Kawasan Perwakilan Berkumpulan, sehingga menimbulkan risiko berlakunya situasi yang mana tiadanya "Ahli Parlimen pembangkang yang terpilih",[3] biarpun pilihan raya kali ini mempunyai perkadaran tertinggi kerusi yang dipertandingkan semenjak kemerdekaan, iaitu 82 daripada 87 kerusi (atau 94.3%).[4] Pilihan raya yang kedua tertinggi jumlah kerusi yang dipertandingkan adalah pada tahun 1972, ketika 87.7% (57 dari 65) kerusi menjadi rebutan.[5] Pilihan raya kali ini menandakan peraduan pilihan raya pertama di Bishan-Toa Payoh (sejak 1991) dan Holland-Bukit Timah, serta juga Tanjong Pagar sebagai satu-satunya kawasan pengundian yang tidak tertanding sejak penubuhannya pada tahun 1991.

Keputusan akhir menunjukkan parti pemerintah kerugian 6.46% undian sejak pilihan raya 2006. Parti Tindakan Rakyat memenangi 81 kerusi, tetapi kehilangan Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Aljunied kepada Parti Pekerja Singapura, iaitu kali pertama sebuah Kawasan Perwakilan Berkumpulan dimenangi oleh parti pembangkang. Termasuk juga Kawasan Undi Perseorangan Hougang, Parti Pekerja mendapat enam kerusi di parlimen, iaitu keputusan parlimen terbaik buat parti pembangkang sejak kemerdekaan.[6][7]


Rujukan

Petikan

  1. ^ "Constitution of the Republic of Singapore". Attorney-General's Chambers of Singapore website. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-02-15. Dicapai pada 17 Disember 2008.
  2. ^ "Good to have strong contest: PM Lee". straitstimes.com. 28 April 2011. Dicapai pada 4 Mei 2011.
  3. ^ Stakes and risk very high for opposition: WP chief. Straitstimes.com (2011-04-28). Retrieved on 2011-05-04.
  4. ^ GE 82 of 87 seats contested. Channel NewsAsia (2011-04-27). Retrieved on 2011-05-04.
  5. ^ Pilihan raya umum parlimen Singapura 1972. Singapore-elections.com. Retrieved on 2011-05-04.
  6. ^ "81 out of 87 seats for PAP". Straits Times (dalam bahasa (Inggeris)). 8 Mei 2011. Dicapai pada 8 Mei 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama nyt

Catatan

  1. ^ a b c The SPP and NSP were both constituent parties of the SDA in the 2006 elections and thus received the same vote share. The SDA won a seat in 2006 but lost it when Chiam pulled the SPP out of the alliance in 2011.
  2. ^ SDP diketuai oleh pembantu setiausaha agung, John Tan yang bertanding di Sembawang GRC.

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!